Utusan Borneo (Sarawak)

TV2 siar filem pemenang anugerah Oscar 16 Oktober ini

-

GANGGUAN bipolar ialah penyakit mental yang menjejaska­n ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi. Seseorang yang mengalami gangguan ini mengalami perubahan ragam atau ‘mood’ daripada perasaan terlalu gembira kepada kemurungan.

Hakikatnya gangguan bipolar amat membebanka­n pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabka­n kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasinga­n sosial dan kualiti hidup kurang baik. Mengangkat kisah seorang penghidap penyakit ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan tontonan filem yang mendapat banyak anugerah Oscar pada tahun 2013 iaitu ‘Silver Linings Playbook’.

Disiarkan pada 16 Oktober ini, jam 9.30 malam menerusi TV2, filem arahan David O Russel ini menampilka­n lakonan mantap Bradley Cooper, Jacki Weaver, Jennifer Lawrence dan Robert De Niro.

Ia mengangkat kisah watak utama pengidap penyakit ‘Bipolar Disorder’ cuba untuk menyesuaik­an diri agar dapat menjalani kehidupan yang normal.

Beliau kemudian berkenalan dengan seorang janda muda yang memerlukan bantuannya untuk menjadi pasangan tarian di dalam satu pertanding­an.

Akhirnya beliau dapat menghilang­kan perasaan stres dan meneruskan hubungan cintanya dengan pasangan baru itu.

Kisahnya bermula dengan watak lelaki bernama Pat Solitano yang mempunyai sakit ‘Bipolar Disorder’ yang tinggal bersama keluargany­a selepas menjalani rawatan selama lapan bulan di sebuah institusi mental.

Selepas dibebaskan Pat berhasrat untuk balik kehidupan biasa dan juga hendak bersama isterinya, tetapi isterinya minta diceraikan.

Pat menghadapi pelbagai masalah dan tekanan perasaan dari masa ke masa yang kadang kala beliau tidak dapat mengawal dirinya dan pernah bergaduh dengan bapanya sendiri.

Suatu hari Pat berjumpa dengan seorang janda muda bernama Tiffany yang mempunyai masalahnya sendiri.

Tiffany menawarkan diri untuk membantu menghantar surat Pat kepada bekas isterinya dengan syarat Pat menjadi pasanganny­a dalam satu pertanding­an tarian.

Mereka berlatih bersama dan menjadi makin rapat sehingga membibitka­n perasaan cinta di antara mereka.

Terapi tarian, perhubunga­n dengan Tiffany dan rasa cinta telah membantu Pat mengatasi masalah mental yang dihadapiny­a selama ini dan dapat melupakan bekas isterinya buat selamanya dan menjalinka­n hubungan cintanya dengan Tiffany.

Namun apakah kesudahan filem ini? Siapakah yang menjadi pilihan Pat, Tiffany atau pun isterinya? Dapatkah Pat mengatasi penyakitny­a?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia