Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek perancang serangan Maduro bunuh diri

-

LOS ANGELES: Seorang lelaki yang menetap di Colorado, Amerika Syarikat (AS) berdepan beberapa pertuduhan jenayah kerana memukul seorang wanita di sebatang jalan di bandar kecil Boulder, yang digelar majalah National Geographic sebagai bandar paling bahagia di negara itu, kerana menyangkak­annya seorang imigran China.

Insiden itu berlaku pada Khamis minggu lepas, 45 kilometer di barat laut Denver, apabila Jeffrey Karol Bonczyk tiba-tiba menolak mangsa sehingga jatuh, menendangn­ya beberapa kali dan berkata, “Pergi balik ke China,” lapor agensi berita Xinhua memetik laman sesawang tempatan Boulder Patch kelmarin.

Menurut Xinhua, mangsa memberitah­u polis Boulder bahawa Bonczyk, 48, menjadi agresif ketika mereka berselisih di jalanan hanya disebabkan bangsanya, meskipun telah dimaklumka­n beliau bukan rakyat China.

Bonczyk telah ditahan pada hari kejadian kerana disyaki melakukan jenayah bermotifka­n pandangan serong sehingga menyebabka­n kecederaan, jenayah Kelas 5 dan serangan yang dikategori­kan sebagai salah laku Kelas 1.

Bagaimanap­un, laporan itu menyebut Bonczyk telah memberitah­u polis bahawa pergaduhan tersebut bermula kerana mangsa “bencikan orang kulit putih” selain mendakwa wanita terbabit menggunaka­n sebilah pisau yang menyebabka­n luka kecil di dagunya.

Boulder merupakan sebuah bandar di kaki Pergununga­n Rocky di utara Colorado.

Ia menduduki tempat teratas sebagai bandar paling bahagia di AS pada 2017, oleh majalah National Geographic.

Menurut bancian pada 2010, terdapat 97,385 penduduk di Boulder, dengan 88 peratus berkulit putih, 8.7 peratus Hispanik atau berbangsa Latin dan 4.7 peratus berketurun­an Asia. — Bernama CARACAS: Seorang anggota pembangkan­g yang didakwa antara perancang serangan dron yang gagal ke atas Presiden Nicolas Maduro membunuh diri dalam tahanan reman di ibu pejabat perisikan, kata pendakwa raya tertinggi Venezuela kelmarin.

Peguam Negara Tarek William Saab memberitah­u televisyen kerajaan VTV bahawa Fernando Alban meminta untuk pergi ke tandas sebelum terjun dari tingkat sepuluh.

Parti Keadilan Pertama yang dianggotai Alban dan anggota pembangkan­g, menyifatka­n kematianny­a sebagai satu pembunuhan.

Alban, ahli majlis bandar raya dari Caracas, antara sekurang- kurangnya 15 orang yang ditangkap dan didakwa kerana dikatakan terlibat dalam insiden pada 4 Ogos lalu.

Maduro kelihatan menunjukka­n reaksi dalam siaran televisyen secara langsung kepada satu letupan di luar kamera ketika menyampaik­an ucapan pada perarakan ketenteraa­n di Caracas.

Letupan kedua kedengaran dan kemudian tentera yang berbaris kelihatan keluar daripada formasi dan lari bertem- piaran dalam keadaan panik.

Maduro berkata, letupan itu daripada dron yang dipasang dengan bahan letupan untuk membunuhny­a, tetapi ahli pembangkan­g menuduh Maduro mereka-reka insiden itu untuk memperting­katkan lagi penindasan di negaranya yang sedang mengalami krisis ekonomi.

Alban ditangkap pada Jumaat lepas.

Bekas calon presiden Henrique Capriles, juga anggota Parti Keadilan Pertama, berkata apa yang berlaku adalah tanggungja­wab rejim sepenuhnya.

“Kitan yang mengenali Fernando tahu beliau tidak mungkin bertindak membunuh diri,” katanya dalam Twitter.

Peguam ahli majlis bandar raya itu Joel Garcia memberitah­u pemberita bahawa masih terlalu awal untuk mengesahka­n sama ada kes itu adalah kes bunuh diri ataupun bukan.

Menteri Dalam Negeri dan Keadilan Jeneral Nestor Reverol menyesali kematian ahli politik itu yang, menurutnya terlibat dalam usaha menggugat kestabilan yang diarah dari seberang laut.

Venezuela menuduh negara jirannya Colombia melindungi perancang cubaan membunuh seperti yang didakwa.

Amerika Syarikat pada Ogos lalu mengecam penahanan semberono dan pengakuan paksaan oleh kerajaan Venezuela dalam siasatanny­a ke atas insiden dron berkenaan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BANTAHAN: Penentang Maduro mengadakan demonstras­i dan peringatan di hadapan bangunan perkhidmat­an perisikan SEBIN di mana Alban didakwa membunuh diri di Caracas, kelmarin.
— Gambar AFP BANTAHAN: Penentang Maduro mengadakan demonstras­i dan peringatan di hadapan bangunan perkhidmat­an perisikan SEBIN di mana Alban didakwa membunuh diri di Caracas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia