Utusan Borneo (Sarawak)

Loji minyak terbesar di Kanada terbakar

-

MONTREAL: Letupan dan kebakaran memusnahka­n loji penapisan terbesar di Kanada kelmain, dan mencederak­an beberapa pekerja dalam apa yang disebut oleh pemiliknya sebagai satu insiden besar.

Letupan dipercayai disebabkan oleh kerosakan dalam bahagian penapisan diesel di loji penapisan Irving Oil di St John’s, New Brunswick, kata eksekutif syarikat Kevin Scott.

Pegawai berkata, semua pekerja loji sudah diambil kira selepas kebakaran berlaku, dan empat orang menerima rawatan di hospital untuk kecederaan ringan.

Gambar yang dipaparkan dalam rangkaian media sosial menunjukka­n keadaan kebakaran dari semasa ke semasa serta asap hitam berkepul tebal dari loji penapisan berkenaan, yang terbesar di negara itu dengan kapasiti pengeluara­n 300,000 tong produk yang sudah ditapis sehari.

Rob Beebe, yang tinggal berhampira­n loji penapisan tersebut, memberitah­u Radio Canada bahawa dia merasai rumahnya bergoyang, diikuti satu letupan.

Pemilik loji penapisan itu Irving Oil mengesahka­n dalam Twitter bahawa satu insiden besar berlaku di sana.

“Kami ini difahamkan semua pekerja dan kontraktor yang bekerja di tapak sudah diambil kira dengan selamat,” tambahnya.

“Beberapa kontraktor sedang menerima rawatan bagi kecederaan yang tidak mengancam nyawa berhubung insiden ini.”

Awan asap hitam tebal berkuranga­n pada awal petang selepas kebakaran dipercayai terkawal.

Polis terus menutup ling- kungan di sekitar loji, yang terletak dalam sebuah kawasan perumahan dan berdekatan sebuah hospital wilayah.

Walaupun kelmarin adalah Cuti Kesyukuran di Kanada, hampir 3,000 pekerja berada di loji pada waktu letupan berlaku, memandangk­an satu operasi penyelengg­araan besar- besaran sedang dijalankan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? INSIDEN BESAR: Gambar ehsan Jordan McWilliams kelmarin menunjukka­n kebakaran yang menjejaska­n loji penapisan minyak Irving Oil di St. John’s, New Brunswick.
— Gambar AFP INSIDEN BESAR: Gambar ehsan Jordan McWilliams kelmarin menunjukka­n kebakaran yang menjejaska­n loji penapisan minyak Irving Oil di St. John’s, New Brunswick.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia