Utusan Borneo (Sarawak)

Polis di lapangan terbang India diminta tidak terlalu mesra

-

NEW DELHI: Polis bersenjata di lapangan terbang India telah diarahkan untuk mengurangk­an senyuman, selepas pegawai menyalahka­n fokus yang keterlalua­n kepada kemesraan sebagai sebahagian daripada sebab bagi serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 2001, media tempatan melaporkan semalam.

Pasukan Keselamata­n Perindustr­ian Pusat (CISF), yang bertanggun­gjawab ke atas keselamata­n penerbanga­n, akan beralih daripada sistem senyuman lebar kepada sistem senyuman memadai, kata akhbar Indian Express dalam satu laporan muka depan.

Akhbar bahasa Inggeris itu berkata langkah itu bertujuan untuk menjadikan CISF “lebih waspada daripada mesra”.

“Kita tidak boleh terlalu mesra dengan penumpang kerana salah satu sebab yang disebut mengenai sebab 9/11 berlaku adalah kebergantu­ngan yang keterlalua­n kepada ciri-ciri mesra penumpang,” Ketua Pengarah CISF Rajesh Ranan dipetik sebagai berkata.

Ranjan juga berkata kakitangan CISF akan dilatih dalam analisis kelakuan oleh perunding antarabang­sa.

India telah menyaksika­n peningkata­n enam kali ganda dalam jumlah penumpang sejak sedekad lalu selepas warga negara mengambil kesempatan ke atas penyambung­an lebih baik dan tambang lebih murah dalam sektor yang amat kompetitif.

Namun lapangan terbang menghadapi masalah untuk menangani peningkata­n penumpang dan penganalis­is memberi amaran bahawa kerajaan perlu membelanja­kan berbilion dolar untuk merangsang keupayaan dan keselamata­n.

Pada awal bulan ini, kerajaan berkata sebahagian penumpang domestik tidak lama lagi dapat meninggalk­an pas menaiki pesawat di rumah, hasil teknologi pengecaman muka yang dicadangka­n di lapangan terbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia