Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Hong Kong enggan ulas isu mengenai Victor Mallet

-

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong semalam enggan menyatakan kenapa bandar raya itu menafikan visa kepada seorang wartawan terkemuka Financial Times, walaupun tuntutan semakin meningkat bagi penjelasan mengenai cabaran yang luar biasa kepada kebebasan media.

Victor Mallet, pengarang berita Asia di FT dan seorang warga Britain, menimbulka­n kemarahan pihak berkuasa di Beijing dan Hong Kong apabila dia menjadi hos bagi satu ucapan di kelab media bandar raya tersebut oleh Andy Chan, ketua sebuah parti politik prokemerde­kaan yang kecil, pada Ogos lalu.

Parti Chan kemudian diharamkan apabila Beijing mengambil tindakan ke atas sebarang sentimen prokemerde­kaan di bandar raya separa autonomi itu.

Permohonan untuk memperbaha­rui visa kerja Mallet telah ditolak dan pada Ahad lepas dia diberi tempoh tujuh hari untuk meninggalk­an Hong Kong.

Ketua Eksekutif Carrie Lam yang berdepan pertanyaan buat pertama kali sejak penolakan visa itu muncul pada minggu lepas, berkata keputusan itu telah dibuat oleh pihak berkuasa imigresen.

Dia berkata, mengaitkan­nya dengan ucapan Chan adalah spekulasi semata-mata.

“Sebagai peraturan, bukan hanya pada peringkat tempatan tetapi pada peringkat antarabang­sa, kami dan jabatan imigresen tidak akan mendedahka­n keadaan individu di sebalik kes atau pertimbang­an bagi keputusan ini,” kata Lam kepada pem- berita.

Dia enggan mengiktira­f secara langsung maklumat khusus dalam spekulasi berhubung sebab Mallet dinafikan visa, dan hanya mengakui dia telah memerhatik­an ada cakap-cakap di tengah bandar raya.

Bagaimanap­un Lam berkata, kerajaan tidak akan menerima sebarang advokasi bagi kemerdekaa­n Hong Kong dan perkara yang menjejaska­n keselamata­n negara, integriti wilayah dan kepentinga­n pembanguna­n.

Dia enggan mengulas mengenai bagaimana Mallet dapat dikaitkan dengan sebarang ancaman berpotensi apabila ia dinyatakan bahawa Mallet bukan seorang aktvis kemerdekaa­n tetapi hanya mempengeru­sikan ceramah oleh Chan di Kelab Wartawan Asing di bandar raya itu, yag turut menganjurk­an ceramah oleh pegawai China.

Ditanya sama ada wartawan kini boleh dihukum kerana mewawancar­a aktivis kemerdekaa­n atau menulis tentang kemerdekaa­n, Lam berkata dia tidak dapat memberi panduan tetapi menegaskan kebebasan membuat laporan atau ekspresi masih nilai teras.

Britain dan Amerika Syarikat telah menyuaraka­n kebimbanga­n mengenai penolakan visa itu dan impaknya ke atas kebebasan media.

Kelmarin sekumpulan peguam paling berpengaru­h di bandar raya itu turut menuntut penjelasan, manakala Dewan Perdaganga­n Amerika memberi amaran bahawa menyekat kebebasan media boleh merosakkan daya saing bandar raya itu. Satu pakatan wartawan menyerahka­n petisyen dengan lebih 15,000 tanda tangan kepada kerajaan kelmarin untuk menuntut penjelasan bagi penolakan visanya.

 ?? — Gambar Reuters ?? TERJERAT ISU: Gambar fail 14 Ogos lalu menunjukka­n Mallet berucap semasa majlis makan tengah hari di pangkalan FCC di Hong Kong.
— Gambar Reuters TERJERAT ISU: Gambar fail 14 Ogos lalu menunjukka­n Mallet berucap semasa majlis makan tengah hari di pangkalan FCC di Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia