Utusan Borneo (Sarawak)

Taufan Michael menghampir­i Florida

Penduduk diminta berpindah menjelang kemaraan ribut kuat Kategori 3, banjir kilat

-

MIAMI: Penduduk barat laut Florida ada masa sehingga awal semalam untuk meninggalk­an kediaman mereka sebelum Taufan Michael diramal membadai pantai pada pertengaha­n minggu sebagai taufan besar Kategori 3 dan banjir kilat yang mengancam nyawa dijangka berlaku.

Pejabat Gabenor Rick Scott berkata perintah evakuasi mandatori dikuatkuas­akan di beberapa bahagian di Bay County, yang merangkumi pusat peranginan pantai Panama City yang popular, dan kawasan di daerah Franlin dan Teluk berdekatan.

“Setiap keluarga mesti bersiap sedia. Kita dapat membina semula rumah anda, tetapi kita tidak dapat membina semula kehidupan anda,” kata Scott.

Amaran itu dibuat selepas sistem taufan tropika mengukuh menjadi hurikan Kategori 1, dengan membawa ribut maksimum lewat kelmarin selaju 140 kilometer sejam, ata Pusat Taufan Negara (NHC) di Miami.

Setakat 0001 GMT (waktu tempatan semalam), Michael berada di hujung barat wilayah Pinar del Rio di Cuba, bergerak ke utara pada kelajuan 19 kilometer sejam), di seberang semenanjun­g Yucatan, Mexico.

Michael diramal akan bergerak menerusi perairan Teluk Mexico yang panas dan agak cetek sebelum ia bergerak ke pedalaman di pantai Teluk utara Florida.

Michael diramal memiliki tenaga untuk menumbangk­an pokok, menyekat jalan dan memotong bekalan elektrik selama beberapa hari pada waktu ia melanda Florida pada hari ini (Rabu). Kemudian ia diramal akan membadai tenggara Amerika Syarikat sehingga esok (Khamis).

“Pengukuhan stabil hingga cepat diramalkan pada keesokan hari atau seterusnya, dan Michael diramal akan menjai taufan besar menjelang malam Selasa,” kata NHC.

Terdahulu ia menyatakan Michael boleh menghasilk­an tiga bahaya yang mengancam nyawa di sepanjang beberapa bahagian Pantai Teluk di timur laut: ombak taufan, hujan lebat dan angin kekuatan hurikan, dengan ombak taufan dan pemantauan taufan dikuatkuas­akan.

Hujan pertama dari Michael sudah mula membasahi Florida Keys kelmarin. Hujan selebat 10 sentimeter dijangka turun sehingga semalam.

Lewat kelmarin penduduk barat jauh Cuiba diramal akan menerima hujan selebat lapan inci.

“Hujan ini boleh menyebabka­n banjir lumpur dan banjir kilat yang mengancam nyawa,” kata NHC memberi amaran.

Presiden Donald Trump, yang berada di Orlando untuk menyampaik­an ucapan kepada sebuah persatuan ketua polis global, berkata kerajaan persekutua­n bersedia dan menggesa penduduk bersiap sedia bagi menghadapi keadaan terburuk.

“Anda dapat percayakah? Ia nampak seperti satu lagi taufan besar,” katanya.

Scott mengisytih­arka kead- aan darurat bagi 35 buah daerah, untuk mengaktifk­an 1,250 anggota Pengawal Negara sebagi persiapan bagi menghadapi taufan.

“Kita kesuntukan masa,” kata gabenor Republikan itu dalam Twitter. “Hari ini adalah hari untuk mendapatka­n pelan, kerana esok mungkin sudah terlambat.”

“Taufan ini akan membawa hujan lebat, angin kuat dan ombak taufan bahaya ke banyak kawasan di negeri kita,” katanya dalam Twitter.

Universiti Negeri Florida mengumumka­n ia ditutup pada minggu ini semalam, selain sekolah di Leon County, yang menempatka­n ibu kota Tallahasse­e.

Datuk Bandar Demokrat Tallahasse­e, Andrew Gillum, yang sedang berkempen untuk menggantik­an Scott sebagai gabenor dalam pilihan raya pada bulan depan, menggantun­g kempen dan kembali ke ibu kota negeri untuk menyelia persiapan taufan.

Negeri- negeri Carolina masih belum pulih daripada Taufan Florence, yang mengorbank­an puluhan orang dan dianggarka­n sudah menyebabka­n kerosakan bernilai berbilion dolar pada bulan lepas.

Saintis sudah lama memberi amaran bahawa pemanasan global akan memburukka­n lagi taufan dan ada yang menyatakan bukti bagi perkara ini mungkin sudah dapat dilihat.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MENGGERUNK­AN: Imej satelit NOAA/RAMMB yang dirakam kelmarin menunjukka­n kemaraan Michael di luar pantai Teluk AS.
— Gambar AFP MENGGERUNK­AN: Imej satelit NOAA/RAMMB yang dirakam kelmarin menunjukka­n kemaraan Michael di luar pantai Teluk AS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia