Utusan Borneo (Sarawak)

TUI Group akan buka pejabat di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: TUI Group, satu daripada pengendali pelanconga­n terbesar di dunia telah diberi kelulusan untuk menubuhkan agensi pelanconga­nnya di Malaysia.

Syarikat yang berpangkal­an di Jerman tersebut telah menerima lesen membawa masuk dan membawa keluar pelancong serta lesen menjual tiket daripada Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan di sini, kelmarin.

“Sektor pelanconga­n di Malaysia gembira dapat bekerjasam­a rapat dengan TUI bagi menubuhkan sebuah pejabat di sini. Kami gembira dikaitkan dengan jenama paling dipercayai di Jerman dan Eropah serta pengendali pelanconga­n terbesar di dunia,” kata Datuk Mohamaddin Ketapi dalam ucapannya.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Pelanconga­n (Promosi), Datuk Seri Abdul Khani Daud. Menteri tersebut berkata, operasi TUI Fly dan TUI Cruise di Malaysia nanti akan menjadi satu peristiwa penting bagi Malaysia dan Jerman.

“Saya dimaklumka­n bahawa jenama TUI Fly dan TUI Cruise, Marella dan MeinSchiff akan membawa sekurangku­rangnya 7,200 penumpang ke Malaysia setahun,” katanya.

Ini, katanya, akan menjadi sumbangan penting untuk membantu kementeria­n dalam mencapai objektif 30 juta pelancong dan RM100 bilion dalam resit pelanconga­n menjelang 2020.

Mohamaddin berkata, kementeria­n akan memberi sokongan penuh kepada operasi TUI di Malaysia untuk menjadikan Langkawi sebuah pusat pelayaran dan mengembang­kan lagi industri berkenaan.

Beliau berharap TUI akan membangunk­an pelbagai pakej untuk menarik lebih ramai pelancong dari Jerman dan negara lain Eropah ke Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia