Utusan Borneo (Sarawak)

Latih individu autisme meningkatk­an kemahiran mereka untuk bekerja tetap di syarikat korporat

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PETALING JAYA: Dalam usaha untuk membantu individu kelainan upaya ( OKU) untuk bekerja, Yayasan Gamuda telah menubuhkan pusat latihan Enabling Academy untuk melatih individu dengan spektrum autisme untuk bekerja sekali gus meningkatk­an kemahiran mereka.

Enabling Academy diwujudkan bagi melatih golongan spektrum autisme bekerja di syarikat korporat, sekali gus membuka peluang pekerjaan kolar putih secara tetap.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, seramai 474,579 pemegang kad OKU direkodkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 862 OKU bekerja di bawah 489 majikan yang berbeza di seluruh Malaysia.”

“Kerjasama bersama Yayasan Gamuda ini dapat membantu meluaskan peluang kerjaya kepada golongan ini selain memberi kesedaran dan latihan ke- pada individu keluarga dan kenalan untuk menyokong pembabitan mereka dalam sektor pekerjaan.”

“Saya berharap dengan pelancaran Enabling Academy ini akan meningkatk­an lagi kesedaran dalam kalangan majikan,” katanya pada majlis pelancaran program Enabling Academy barubaru ini.

Hannah Yeoh berkata, kerajaan hari ini mahu memperkasa­kan orang ramai khususnya golongan OKU untuk bekerja dan tidak hanya menerima bantuan semata-mata.

“Itu sebabnya nama ‘Enabling’ bagi akademi dianggap istimewa kerana ia menggalakk­an orang untuk bekerja. Kita mahu menyediaka­n ruang yang selamat untuk semua ketika bekerja.”

“Kami juga berharap program ini akan menjadi rangsangan kepada syarikat lain, ke arah meningkatk­an prosedur pengambila­n pekerja dan mengkaji semula dasar bagi memastikan prosedur dan dasar tersebut adalah adil kepada semua pihak berkepenti­ngan.”

“Seperti yang diberitahu Datuk Lin Yun Ling kepada saya, individu ini sangat berkemahir­an dan mampu mengenal pasti perincian yang tidak dapat dibuat oleh sebahagian daripada kita,”tambah beliau.

Pada majlis berkenaan, diadakan majlis graduasi untuk 11 pelatih pengambi- lan September lalu dengan lima daripada mereka sudah mendapat kerja tetap.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Gamuda Berhad, Datuk Lin Yun Ling, berkata, setakat ini 30 individu autisme mendapat latihan di Enabling Academy sejak dibuka pada Mei 2017 dan sebanyak 14 rakan korporat terbabit menawarkan pekerjaan kepada pelatih Enabling Academy.

“Gamuda sudah mengambil 20 pekerja OKU sepenuh masa dalam bidang pentadbira­n, kejurutera­an dan teknologi maklumat.”

“Terdapat ramai lagi yang mengalami autisme atau dengan keperluan khas yang memerlukan sokongan mendapatka­n pekerjaan tetap,” katanya.

Enabling Academy melatih individu spektrum autisme dengan kemahiran yang memudahkan mereka untuk berkerja di syarikat-syarikat korporat lain.

Program tiga bulan tersebut termasuk latihan simulasi persekitar­an kerja untuk membangunk­an etika kerja yang baik, serta meningkatk­an kemahiran teknikal dan komunikasi.

Untuk menyediaka­n syarikat-syarikat rakan, Enabling Academy menjalanka­n seminar kesedaran dan bengkel bimbingan kerja untuk membantu mereka membangunk­an pasukan yang mahir dalam menyokong pekerja kelainan upaya bagi memastikan mereka dapat mengekalka­n pekerjaan mereka.

Di samping itu, Enabling Academy juga akan membantu syarikat-syarikat rakan memadankan kerja yang sesuai dengan calon tertentu dan menyediaka­n sokongan rundingan berterusan kepada majikan berkenaan, selepas pengambila­n pekerja.

 ??  ?? PELANCARAN: Hannah Yeoh (tengah) menandatan­gani plak sebagai simbolik majlis pelancaran Enabling Academy.
PELANCARAN: Hannah Yeoh (tengah) menandatan­gani plak sebagai simbolik majlis pelancaran Enabling Academy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia