Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai yang baik boleh rangsang pertumbuha­n ekonomi Malaysia

-

PUTRAJAYA: Terdapat banyak jenis cukai yang baik yang boleh diperkenal­kan untuk merangsang ekonomi Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang saksama berikutan ia berusaha untuk mengurangk­an hutangnya yang melebihi RM1 trilion, kata ahli ekonomi yang memenangi hadiah Nobel, Joseph Stiglitz.

Beliau berkata, cukai warisan, cukai keuntungan modal dan cukai hartanah untuk hartanah pegangan yang besar, sebenarnya baik untuk ekonomi dan masyarakat.

“Saya turut berpendapa­t cukai karbon adalah cukai yang amat baik kerana ia menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi hijau dan dapat memacu negara ke arah masyarakat yang lebih inovatif dan hijau,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

Terdahulu, Stiglitz, yang juga bekas ketua ekonomi Bank Dunia, dan Yilmaz Akyuz, bekas ketua ekonomi South Centre yang berpangkal­an di Geneva, membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di sini.

Kedua-dua ahli ekonomi terkemuka itu berada di sini untuk menghadiri Khazanah Megatrends Forum 2018 di ibu negara.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Dr Mahathir yang berlangsun­g hampir sejam, Stiglitz berkata, ia menyentuh mengenai isuisu ekonomi utama yang dihadapi Malaysia dan dunia, serta potensi untuk kestabilan global.

“Kami turut membincang- kan mengenai pengurusan hutang yang dihadapi Malaysia ( daripada kerajaan terdahulu),” katanya sambil menegaskan kepentinga­n mengenai ketelusan kerajaan.

Ditanya sama ada Perkongsia­n Trans- Pasifik ( TPP) perlu diratifika­sikan, Stiglitz berkata: “Saya berpendapa­t ia satu kesilapan untuk Malaysia meratifika­sikan perjanjian itu. Perjanjian tersebut dirangka untuk memberi manfaat kepada Amerika Syarikat (AS) berbanding Malaysia dan negara lain.

“Manfaat untuk Malaysia lebih kecil, dan kini dengan AS menarik diri (daripada TPP), manfaatnya lebih kecil, iaitu kos, terutamany­a dengan Penyelesai­an Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) dan harta intelek amat tinggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia