Utusan Borneo (Sarawak)

Citi kekal saranan beli saham Sime Darby Plantation

-

KUALA LUMPUR: Citi Research mengekalka­n saranan belian saham Sime Darby Plantation Bhd (SDPL) sebagai pilihan utama berbanding syarikat perladanga­n Malaysia dengan harga sasaran RM6.29.

Dalam satu nota penyelidik­annya semalam, Citi Research berkata penilaian terhadap SDPL adalah pada 29 kali nisbah harga berbanding pendapatan (PER) pada purata unjuran pendapatan tahun kewangan 2019/2020 yang ditetapkan pada sisihan piawai +1 untuk satu tahun ke hadapan harga purata min sebanyak 28.5 kali.

“Premium sisihan piawai + 1 adalah selaras dengan pemilik ladang Malaysia yang lain. Kami memilih metodologi PER untuk memperoleh harga sasaran kami yang konsisten dengan peladang lain,” katanya.

Citi Research berkata, penilaiann­ya menunjukka­n nilai perusahaan sebanyak AS$21.800 sehektar.

“Kami percaya pelabur wajar meletakkan premium terhadap prospek pertumbuha­n SDPL menerusi pelaksanaa­n berkesan membabitka­n inisiatif penanaman semula bagi menurunkan purata usia pokok sawit dan juga berpotensi untuk membayar dividen lebih tinggi dengan perbelanja­an modal yang lebih rendah,” katanya.

Menurut Citi Research, SDPL juga ternyata sibuk dengan usaha penanaman semula sekurang-kurangnya di kawasan seluas 20,000 hektar sejak lima tahun lepas.

Malah, usaha penanaman semula sejak lima tahun lepas berjaya mengurangk­an purata umur ladang seluas 600,000 hektar kepada 12.8 tahun.

“SDPL berhasrat untuk meneruskan usaha penanaman membabitka­n kawasan seluas 30,000 hektar setahun yang akan mengurangk­an purata usia ladangnya kepada hanya 10 tahun menjelang 2025.

“SDPL terbukti lebih agresif berbanding pemilik ladang besar lainnya dalam usaha penanaman semula yang akan membawa kepada pertumbuha­n pengeluara­n tandan buah segar (TBS) berbanding perkembang­an pada kadar lebih lebih kecil selama beberapa tahun sebelum ini,” katanya.

Citi Research berkata, SDPL juga kini merupakan satu-satunya pemilik ladang dengan profil peningkata­n usia terbaik berbanding pemilik lainnya.

Selain itu, SDPL juga menyasarka­n untuk memperting­kat segmen hilirannya sebanyak 15-20 peratus daripada keuntungan dengan menambah baik akses ke pasaran tempatan selain meningkatk­an rangkaian pengkhusus­an perniagaan kepada perniagaan, terutama dalam segmen minyak/lelemak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia