Utusan Borneo (Sarawak)

Johor harap tarik lebih banyak pelaburan tahun hadapan

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menjangkak­an dapat menarik lebih banyak pelabur ke negeri itu tahun hadapan, dengan anggaran nilai pelaburan melebihi RM5 bilion, menerusi usaha berterusan kerajaan negeri dalam menarik pelabur.

Pengerusi Jawatankua­sa Perdaganga­n Antarabang­sa, Pelaburan dan Utiliti negeri Jimmy Puah berkata pada 2017, nilai pelaburan langsung yang diperoleh mencecah RM5 bilion.

“Saya telah pergi ke China, Taiwan dan Singapura barubaru ini, dan bulan hadapan pula bersama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) ke Jepun, Korea, Indonesia, Eropah dan India, bertujuan untuk menarik pelabur ke Johor, terutama dalam sektor halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pos Malaysia Sedunia peringkat negeri, di sini semalam.

Meskipun mengakui tahun ini sedikit mencabar susulan sikap tunggu dan lihat oleh pelabur pasca Pilihan Raya Umum Ke- 14, serta situ- asi global yang menyaksika­n perang perdaganga­n antara kuasa besar ekonomi dunia, Amerika Syarikat dan China, Johor tetap giat untuk mendapatka­n pelabur baharu.

Puah yang mengulas mengenai jangkaan pelaburan langsung tahun hadapan dan insentif mesra pelabur dalam perbentang­an Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat 2 November ini, berharap insentif sedia ada dikekalkan selain menambah peruntukan untuk infrastruk­tur memandangk­an Johor mempunyai wilayah ekonomi iaitu Wilayah Iskandar Malaysia, yang sering menarik pelabur.

“Kita sentiasa berhubung dengan MOF (Kementeria­n Kewangan) untuk mendapatka­n lebih banyak insentif untuk kerajaan negeri, bukan sahaja untuk terus menerajui di Malaysia (dari segi pelaburan) malah untuk memastikan Johor mendapat lebih ramai pelabur dari seluruh dunia.

“Kita juga meminta peruntukan untuk infrastruk­tur seperti menambah baik jalan raya yang merupakan elemen penting dalam menarik pelabur,” kata Puah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK PELANCARAN: Puah memasukkan poskad ke dalam peti pos pada Perasmian Sambutan Hari Pos Sedunia 2018 Peringkat Negeri Johor di Pejabat Pos Besar Johor Bahru, semalam. Turut kelihatan Pengurus Negeri Pos Malaysia, Johor Mahfidz Omar (kanan) dan Ketua Wilayah Selatan MCMC Roszeta Kassim (tiga kanan).
— Gambar Bernama GIMIK PELANCARAN: Puah memasukkan poskad ke dalam peti pos pada Perasmian Sambutan Hari Pos Sedunia 2018 Peringkat Negeri Johor di Pejabat Pos Besar Johor Bahru, semalam. Turut kelihatan Pengurus Negeri Pos Malaysia, Johor Mahfidz Omar (kanan) dan Ketua Wilayah Selatan MCMC Roszeta Kassim (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia