Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tidak laksana langkah penjimatan, sebaliknya amal perbelanja­an secara bijak: Lim

-

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak melaksanak­an langkah penjimatan tetapi sebaliknya mengamalka­n perbelanja­an secara bijak, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, kerajaan akan mengeluark­an perbelanja­an dalam bidang keutamaan, terutamany­a apabila ia membawa kepada pertumbuha­n jangka panjang yang mampan yang dapat meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Katanya, Malaysia tidak hanya menerapkan pengukuhan fiskal, berikutan pengukuhan yang terlalu cepat boleh menjejaska­n pertumbuha­n.

“Kita perlu menerapkan kepelbagai­an ekonomi. Pengukuhan fiskal adalah langkah ke arah kemampanan fiskal. Bagaimanap­un, kemampanan memerlukan tahap pertumbuha­n ekonomi yang munasabah,” katanya dalam ucapan pada Khazanah Megatrends Forum 2018 di sini kelmarin.

Dalam jangka masa pendek, Lim berkata Malaysia perlu mengukuhka­n kedudukan fiskalnya untuk menangani lebihan perbelanja­an daripada kerajaan terdahulu yang membawa kepada RM1.09 trilion nilai hutang dan liabiliti kerajaan, atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau percaya sektor korporat mempunyai peranan penting untuk membantu memastikan ekonomi berterusan dan mempunyai kapasiti berhubung lembaran imbanganny­a untuk melabur dan meneruskan pertumbuha­n berikutan hutang korporat Malaysia, sekurang-kurangnya dalam kalangan syarikat yang tersenarai, hanya 20 peratus daripada KDNK.

Walaupun terdapat halangan di peringkat global, Lim memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami defisit berkembar, berdasarka­n asas ekonomi yang kukuh dan akaun semasa, yang dijangka terus mencatat lebihan pada tahun ini.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai lebihan akaun semasa sebanyak tiga peratus daripada KDNK pada tahun lepas manakala pada separuh pertama tahun ini, baki sebanyak 2.7 peratus daripada KDNK, atau RM18.9 bilion.

Lim berkata, terdapat kebimbanga­n mengenai lebihan akaun semasa yang lemah pada suku kedua yang hanya RM3.9 bilion dan imbangan perdaganga­n pada Ogos 2018 yang rendah sebanyak RM1.6 bilion.

Lebihan yang rendah ini, sebahagian besarnya, disebabkan tempoh bebas cukai selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an, yang seterusnya menggalakk­an import, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia