Utusan Borneo (Sarawak)

Hibiscus Petroleum beli 50 peratus kepentinga­n dalam blok 2 minyak di UK

-

KUALA LUMPUR: Anasuria Hibiscus UK Ltd menandatan­gani perjanjian jual beli bersyarat dengan Caldera Petroleum (UK) Ltd untuk memperoleh 50 peratus kepentinga­n dalam Blok 15/13a dan Blok 15/13b di United Kingdom, menerusi Lesen Pengeluara­n P198, membabitka­n AS$37.5 juta.

Hibiscus Petroleum Bhd berkata, cadangan pengam- bilalihan blok itu bagaimanap­un tertakluk kepada, antara lain, persetujua­n bertulis daripada Pihak Berkuasa Minyak dan Gas Kerajaan United Kingdom untuk penyerahan kepentinga­n dan pemindahan pengendali kepada anak syarikat milik penuhnya, Anasuria Hibiscus.

Mengulas mengenai cadangan pengambila­lihan itu, Pengarah Urusan Hibiscus Petroleum Dr Kenneth Pereira berkata, kumpulan itu berharap dapat bekerjasam­a rapat dengan pengawal selia UK serta rakan baharunya untuk mengoptimu­mkan sumber-sumber dalam blok terbabit serta menyediaka­n nilai kepada pemegang saham secara optimum.

“Kami teruja dengan pen- gambilalih­an ini. Ia merupakan komponen penting dalam misi 2021 kami untuk menguasai 100 juta tong rizab yang berkemungk­inan dan yang sudah disahkan. Selain itu, blok terbabit terletak di kawasan yang hampir dengan penemuan lain dan infrastruk­tur sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kumpulan itu menjang- kakan pengambila­lihan itu selesai pada atau sebelum 16 Oktober 2018, dengan Anasuria Hibiscus dan Caldera Petroleum masing- masing akan menguasai 50 peratus kepentinga­n dalam blok tersebut.

Pada 10.25 pagi, saham Hibiscus Petroleum melonjak lapan sen kepada RM1.28, dengan 12.472 juta unit bertukar tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia