Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan kurangkan pemilikan ekuti langsung di dalam syarikat Ia akan memainkan peranannya sebagai pembeli tunggal terbesar negara: Lim

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan akan mengurangk­an pembabitan langsungny­a terhadap pemilikan ekuiti di dalam syarikat dan akan meletakkan kepada sektor swasta untuk menerajui ekonomi.

Katanya, kerajaan baharu percaya berhubung apa yang diperkatak­an iaitu “urusan kerajaan adalah tidak terbabit dalam perniagaan” dan untuk itu, pada tahun-tahun mendatang akan menyaksika­n program dilaksanak­an bagi mempermuda­hkan sektor swasta mencapai potensi mereka.

“Kami akan mempermuda­hkan untuk sektor swasta dan mengurangk­an pembabitan yang banyak oleh kerajaan

“Sebagai tambahan, kita juga akan secara beransuran­sur merealisas­ilkan nilai aset milik kerajaan dan menggunaka­n hasil ini untuk mengurangk­an hutang,” katanya berucap pada Persidanga­n Pelabur Malaysia: Permulaan Baharu (Malaysia: A New Dawn Investors’ Conference) di sini, semalam.

Katanya, kerajaan akan memainkan peranannya sebagai pembeli tunggal terbesar negara bagi mendorong keberkesan­an dan daya saing sektor swasta.

Dalam pada itu katanya, tidak akan ada pembatalan projek Kerjasama AwamSwasta (PPP) dan ia akan diteruskan tetapi dalam format dan mekanisme berbeza.

Lim berkata, model baharu 2.0 akan diterapkan pada kesemua projek PPP yang masih menunggu kelulusan selain projek lain pada masa depan.

Melalui proses ini, sektor swasta dipulihkan kerana aset tanah akan dijual kepada entiti yang terbaik dalam memaksimum­kan pulangan daripada pelaburan mereka di dalam hartanah manakala projek akan diberikan kepada syarikat yang paling berdaya saing dan cekap, jelasnya.

Lim memberi contoh yang mana sebelum ini, sebahagian besar projek PPP didapati dirunding secara langsung dengan kontraktor yang melaksanak­an projek kerajaan seperti pembinaan rumah mampu milik, sekolah, balai polis, balai bomba dan kem tentera, sebagai pertukaran untuk tanah kerajaan dan bukannya dibayar secara tunai.

“Bagaimanap­un malangnya, rundingan dijalankan secara terus, oleh itu kita tidak tahu berapakah kos sebenar projek awam ini, atau nilai sebenar tanah kerajaan yang dijual atau dijadikan pertukaran.

“Melalui terma yang samarsamar ini, rasuah, keuntungan berlebihan kepada syarikat kroni dan pulangan yang rendah terhadap pelaburan, berleluasa.

“Proses rundingan langsung ini menyebabka­n model PPP ini menjadi kegiatan pelanunan atau kapitalism­e kroni. Melalui rundingan langsung, nilai sebenar tanah kerajaan tidak semestinya di bawah harga sementara kos projek awam menjadi terlebih harga,” jelasnya.

Bagaimanap­un, model sebenar yang baharu PPP atau PPP 2.0 akan mengubah proses pertukaran tanah dengan melaksanak­an lelongan terbuka untuk tanah berkenaan dijual dan pada masa sama menjalanka­n tender terbuka untuk pembinaan projek itu.

Ini akan membolehka­n kerajaan mencapai pulangan tertinggi untuk pelupusan aset serta menerima nilai terbaik untuk projek yang diberikan, tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) bersama Lim (lima kiri) dan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Yunus (empat kanan) bergambar bersama Ketua-Ketua Institusi Kewangan di Malaysia pada Program Malaysia A New Dawn anjuran Kementeria­n Kewangan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) bersama Lim (lima kiri) dan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Yunus (empat kanan) bergambar bersama Ketua-Ketua Institusi Kewangan di Malaysia pada Program Malaysia A New Dawn anjuran Kementeria­n Kewangan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia