Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n empat kali seminggu AirAsia Kuching ke Tawau mulai 2 Dis

-

KUCHING: Syarikat penerbanga­n tambang rendah AirAsia memperkuku­hkan hubungan di Sabah dan Sarawak dengan penerbanga­n empat kali seminggu dari Kuching ke Tawau bermula 2 Disember ini.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, AirAsia merupakan satu- satunya syarikat penerbanga­n yang menawarkan laluan terus yang menghubung­kan ibu negeri Sarawak ke bandar ketiga terbesar di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, pihaknya teruja untuk melancarka­n laluan baharu dari hab Kuching yang semakin berkembang.

Laluan Kuching- Tawau tersebut merupakan bukti komitmen AirAsia untuk terus meningkatk­an hubungan di Sabah dan Sarawak, selain mengembang­kan peluang ekonomi di keduadua bandar.

Kuching merupakan sebuah bandar yang tidak asing lagi bagi para pelancong, dan Tawau pula kini semakin popular sebagai pintu masuk ke tapak menyelam terbaik di dunia, terutamany­a oleh pelancong dari China.

Sebanyak 90 peratus daripada laluan Fly-Thru AirAsia ke Tawau adalah dari bandar-bandar di China dan 76 peratus daripada tetamu kami yang melawat Tawau adalah dari China.

“Oleh itu, kami percaya kita boleh menarik lebih ramai tetamu menerusi laluan terus ini ke Kuching dan Tawau,” katanya.

AirAsia Malaysia ( kod penerbanga­n AK) kini terbang ke 13 destinasi dari Kuching ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Shenzhen, Pontianak dan Singapura.

Syarikat penerbanga­n tersebut juga terbang ke empat destinasi dari Tawau ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Kuching.

Untuk meraikan pelancaran laluan baharu tersebut, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua daripada RM79 sehala dari Kuching ke Tawau.

Tambang promosi tersebut boleh didapati untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang hingga 14 Oktober 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 Disember tahun ini dan 26 November 2019.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter ( twitter. com/AirAsia) dan Facebook ( facebook. com/ AirAsia).

Jadual Penerbanga­n ke Kuching, Sarawak (KCH) – Tawau, Sabah ( TWU) menerusi penerbanga­n AK6108 setiap 10.50 pagi dan KCH-TWU menerusi AK6109 (setiap 1.10 petang) pada setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia