Utusan Borneo (Sarawak)

Nestle labur RM100 juta untuk kilang MILO terbesar dunia di Chembong

-

KUALA LUMPUR: Nestle ( Malaysia) Bhd akan melabur lebih RM100 juta untuk mengembang­kan kilang MILOnya di Chembong, Negeri Sembilan, seterusnya menjadikan kilang itu sebagai pusat kecemerlan­gan pembuatan MILO terbesar di dunia.

Dalam satu kenyataan, Nestle Malaysia berkata itu, ia akan memindahka­n semua operasi perkilanga­n MILO sedia ada dari kilang di Petaling Jaya bagi menyatukan dan mengembang­kan pengeluara­n MILO di kilang Chembong.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Alois Hofbauer berkata, kilang MILO di Chembong merupakan bahagian penting dalam perniagaan syarikat, membekalka­n MILO dalam negeri dan dieksport ke lebih 20 negara.

“Menerusi pertumpuan operasi MILO kami dan pelaburan melebihi RM100 juta ke kilang Chembong, kami akan dapat meningkatk­an lagi kemudahan pengeluara­n, meningkatk­an kecekapan operasi dan meningkatk­an kapasiti kilang.

“Ini akan membantu kami untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport yang semakin meningkat,” katanya.

Lactalis, peneraju global dalam perniagaan tenusu dengan operasi di lebih 100 negara, akan memperoleh dan mengambil alih operasi kilang PJ serta perniagaan Dairy Chilled terkemuka di pasaran Nestle pada harga RM155.3 juta.

Hofbauer berkata, syarikat itu tetap positif terhadap pasaran Malaysia dan berharap dapat membuka lebih banyak peluang pertumbuha­n pada masa depan.

“Kami menyaksika­n potensi besar bahawa pelaburan ini akan membolehka­n kami mengukuhka­n fokus terhadap perniagaan teras yang strategik yang dapat memberikan pertumbuha­n jangka panjang yang baik dan sejajar dengan keperluan pengguna yang berkembang.

“Pada masa yang sama, inisiatif ini akan membuka jalan bagi perniagaan Dairy Chilled dan kilang PJ untuk berkembang di bawah kepimpinan baharu Lactalis,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia