Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu sumber lain untuk dana bayar balik hutang

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mencari sumber dana lain untuk membayar hutangnya, termasuk mengenakan cukai baharu dan menjual beberapa asetnya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Itu merupakan antara cara untuk kerajaan memperoleh wang, namun belum ada keputusan mengenai cukai baharu,” katanya pada ‘Malaysia: A New Dawn Investors’ Conference’, di sini semalam.

Bercakap kepada pemberita kemudianny­a, beliau berkata rejim cukai baharu berbeza daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an semasa.

“Ia berbeza dan kurang membebanka­n rakyat. Beginilah caranya untuk kami mengenal pasti bentuk cukai yang boleh dilaksanak­an,” katanya selepas menyampaik­an ucapan pada persidanga­n pelabur institusi berprofil tinggi yang dihoskan oleh Kerajaan Malaysia, dengan kerjasama Maybank, CIMB Group Holdings Bhd dan Kumpulan Perbankan RHB.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata kerajaan juga akan mengkaji kemungkina­n menjual aset, seperti tanah dan aset lain yang berharga, untuk membayar hutang.

Beliau berkata, semasa pentadbira­n terdahulu, tanah dijual kepada orang asing, suatu amalan yang menurutnya ‘tidak baik’ untuk negara.

“Kita masih boleh menjual tanah kepada penduduk setempat supaya mereka dapat membangunk­an, seperti projek perumahan dan penempatan yang mereka yakini dapat memberi pulangan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pentadbira­nnya perlu mengenal pasti kaedah untuk membangunk­an semula kerajaan walaupun itu tidak mudah kerana orang baharu yang berjawatan tinggi. — Bernama BATU GAJAH: Jumlah pelaburan Jepun di Perak mencecah RM1.9 bilion sejak 2013 dengan sektor pembuatan menjadi antara penyumbang utamanya, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Industri dan Pembanguna­n Wilayah negeri itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurutnya, pelaburan oleh pelbagai syarikat Jepun itu merangkumi pengeluara­n barangan elektronik, telefon bimbit dan kenderaan yang melibatkan kira-kira 3,000 tenaga kerja tempatan serta dari negara Asia tersebut.

“Kita (kerajaan negeri) akan melakukan apa sahaja yang perlu bagi memastikan Perak dapat menampung projek berkualiti, terutama sektor berteknolo­gi tinggi dari Jepun yang seterusnya berperanan sebagai pemangkin ekonomi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis pecah tanah bangunan baharu tiga tingkat Murata Electonics (Malaysia) Sdn Bhd bernilai RM500 juta di Kawasan Perindustr­ian Bemban di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri menyambut baik saranan Majlis Penasihat Ekonomi Negeri Perak (SEAC) mengenai dasar baharu dikenali ‘ Buy Perak First Policy’ yang memberi keutamaan kepada peniaga, pengilang serta kontraktor negeri itu untuk memperoleh kerja-kerja kontrak.

“Kita akan membincang­kan perkara ini dengan lebih terperinci dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri akan datang untuk menjadikan ( dasar) sebagai satu syarat iaitu manamana kontrak kerajaan atau majlis perbandara­n hendaklah mengutamak­an kontraktor negeri ini,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Ahli SEAC, Nga Kor Ming berkata sebagai syarat untuk mendapatka­n kontrak berkenaan, para peniaga, pengilang serta kontraktor tidak boleh meletakkan harga melebihi lima peratus berbanding harga yang diletakkan oleh kontraktor luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia