Utusan Borneo (Sarawak)

Kesemua pemimpin PH sanggup mengetepik­an masalah peribadi demi menyelamat­kan negara

-

PORT DICKSON: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gembira mendapat ruang berkempen untuk calon Pakatan Harapan ( PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan membiarkan apa yang berlaku pada masa lampau menggugat kesepakata­n dalam PH dan masa depan negara.

“Ya, memanglah Anwar dengan saya tidak berapa baik (sebelum ini), tapi jangan lupa dia masuk UMNO dan menjadi menteri (dulu) kerana saya juga,” katanya semasa berucap dalam majlis Ceramah Mega Mahathir-Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di PD waterfront di sini, malam kelmarin.

Ini kali pertama Dr Mahathir selepas 20 tahun berkongsi pentas dengan Anwar bagi membantu Ketua Umum PKR itu menghadapi PRK, Sabtu ini

“Kalau saya nak fikir tentang perkara itu, kalau Anwar nak fikir tentang apa terjadi kepada dia saya tidak fikir kita boleh bersatu,” katanya Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH.

Beliau berkata, sekiranya perkelahia­n lama masih dibangkitk­an, maka sukar pemimpin yang ada bersatu dan mencapai matlamat yang lebih besar berbanding peribadi dan juga parti.

Dr Mahathir berkata, demi menjatuhka­n kerajaan yang menekan rakyat sebelum ini, beliau bersama kesemua pemimpin PH sanggup mengetepik­an masalah peribadi demi menyelamat­kan negara.

“Kalau mahu menang, kita kena berpakat, jelas dan ikhlas dan untuk ini tidak boleh ingat kembali permusuhan lama,” tegasnya.

Sementara itu, Anwar menyifatka­n Dr Mahathir sebagai individu terbaik untuk memimpin negara ketika ini.

Katanya, dalam kemelut politik dan ekonomi yang getir, Malaysia bertuah kerana mempunyai seorang tokoh seperti Dr Mahathir untuk menyelamat­kan negara daripada keruntuhan.

“Apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosakkan semua institusi termasuk institusi yang diasaskan untuk memelihara kepentinga­n rakyat seperti FELDA dan Tabung Haji.

“Kalau ditanya kepada saya, dalam keadaan sekarang lebih baik, Tun Dr Mahathir pimpin Malaysia. Saya sebut ini dengan ikhlas. Saya kenal dia...Dia adalah orang terbaik memimpin Malaysia,” katanya semasa berucap sebelum giliran Dr Mahathir.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Presiden Parti Amanah Negara ( AMANAH), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, berkata, jika terpilih sebagai ahli parlimen, beliau mahu menumpukan kepada usaha merefor- masikan insitusi parlimen dan memperkasa­kan fungsinya membantu kerajaan.

Beliau turut menekankan kepentinga­n untuk semua anggota pimpinan dalam PH untuk memberikan sokongan dan dokongan kepada Dr Mahathir untuk terus memimpin negara.

“Saya tahu, sebagai perdana menteri beliau datang kempen untuk pilihan raya kecil, bila dia datang ke Port Dickson saya rasalah, agaknyalah kasih yang dahulu terpendam menyemarak semula,” katanya.

Kira- kira 9,000 hadiri menghadiri ceramah itu.

PRK itu pada Sabtu ini akan menyaksika­n pertanding­an tujuh penjuru antara Anwar, calon PAS, Lt.Kol (B) Mohd Nazri Mokhtar dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad. — Bernama

 ?? Gambar Bernama ?? BINCANG: Tun Mahathir (kanan) berkata sesuatu kepada Anwar pada program Ceramah Mega Mahathir Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, dekat Port Dickson, semalam. —
Gambar Bernama BINCANG: Tun Mahathir (kanan) berkata sesuatu kepada Anwar pada program Ceramah Mega Mahathir Anwar Gandingan Mantap Harapan Malaysia di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, dekat Port Dickson, semalam. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia