Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan kedua IMARET berlepas ke Palu

-

SEPANG: Kumpulan kedua sukarelawa­n Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia ( IMARET) berlepas ke Sulawesi, Indonesia malam kelmarin bagi memberi sokongan psikososia­l kepada mangsa bencana serta petugas kesihatan di Palu serta menilai pakar perubatan yang perlu dihantar ke sana.

Kumpulan kedua IMARET yang berlepas ke dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) kelmarin terdiri daripada seorang pakar perubatan kecemasan Dr Azlan Helmy Abd Samat, dua doktor iaitu Dr Shiraaj Zainul Abiddin dan Dr Mohamed Khalis Mohamed Rafi dan seorang pembantu perubatan dalam rawatan psikologi Khairol Ahmad Ramadzan Md Isa.

Keempat- empat mereka berlepas ke Jakarta dengan pesawat AirAsia dan dijangka transit selama empat jam sebelum menaiki penerbanga­n dari Jakarta ke Palu.

Dr Azlan Helmy selaku ketua pasukan ketika ditemui sebelum berlepas berkata, pasukannya akan menilai kumpulan pakar perubatan yang diperlukan di Palu.

“Pasukan saya akan bekerjasam­a dengan Bulan Sabit Merah Indonesia untuk melawat rumah sakit lapangan dan tempat mangsa-mangsa gempa dan tsunami berlindung,” katanya.

Dr Azlan Helmy berkata, kumpulanny­a akan berada di sana sehingga 16 Oktober dan akan memberikan laporan harian kepada ibu pejabat IMARET di Kuala Lumpur bagi mengatur pakar yang akan dihantar ke Palu selepas ini.

Jika tinjauan pasukan kedua IMARET mendapati banyak pakar tulang diperlukan, maka selepas ini pakar tulang akan dihantar ke sana. Jika pakar psikologi lebih diperlukan maka pakar psikologi akan dihantar, katanya.

Selain mangsa, IMARET juga akan memberi sokongan psikososia­l kepada petugas kesihatan di Palu, kata Dr Azlan Helmy.

Kumpulan pertama IMARET yang tiba di Palu Rabu lepas merupakan sukarelawa­n pertama Malaysia yang tiba di kawasan bencana tersebut. Mereka kembali ke tanah air Ahad lalu.

Pada 28 Sept, gempa bumi kuat bermagnitu­d 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala menggoncan­g Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Gempa berkenaan disusuli tsunami setinggi tiga meter. Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan pihaknya menemukan 1,763 mayat setakat ini. Sementara 5,000 orang dilaporkan hilang. — Bernama

 ?? —Gambar Bernama ?? BERLEPAS: Kumpulan kedua sukarelawa­n ini terdiri daripada seorang pakar perubatan kecemasan Dr Azlan Helmy (dua kiri) dua doktor iaitu Dr Shiraaj (kiri) Dr Mohamed Khalis (kanan) dan seorang pembantu perubatan Khairol Ahmad Ramadzan.
—Gambar Bernama BERLEPAS: Kumpulan kedua sukarelawa­n ini terdiri daripada seorang pakar perubatan kecemasan Dr Azlan Helmy (dua kiri) dua doktor iaitu Dr Shiraaj (kiri) Dr Mohamed Khalis (kanan) dan seorang pembantu perubatan Khairol Ahmad Ramadzan.
 ?? — Gambar Bernama ?? ALAS TANGGUNGJA­WAB: Kumpulan kedua (Pasukan Tindakan & Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia) IMARET ditemui sebelum berlepas ke Palu Sulawesi Indonesia dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dekat Sepang, kelmarin.
— Gambar Bernama ALAS TANGGUNGJA­WAB: Kumpulan kedua (Pasukan Tindakan & Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia) IMARET ditemui sebelum berlepas ke Palu Sulawesi Indonesia dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dekat Sepang, kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Dr Azlan Helmy sketika ditemu ramah sebelum berlepas ke Palu, Sulawesi Indonesia di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).
— Gambar Bernama JAWAB: Dr Azlan Helmy sketika ditemu ramah sebelum berlepas ke Palu, Sulawesi Indonesia di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia