Utusan Borneo (Sarawak)

Kadar sara diri bekalan daging, susu segar akan dipertingk­at: Salahuddin

-

BUTTERWORT­H: Kerajaan komited untuk menggalakk­an peningkata­n kadar sara diri (SSL) bagi pengeluara­n bekalan daging tempatan kepada 30 peratus serta susu segar sehingga 100 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, pada masa ini SSL bagi bekalan daging tempatan ialah 23 peratus manakala SSL untuk bekalan susu segar hanya 58 peratus.

“Dalam rangka melancarka­n hala tuju baharu kementeria­n ini, saya dan pasukan kami, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) telah menetapkan sasaran kami untuk meningkatk­an SSL bekalan daging tempatan dan susu segar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengembang­an dan Hari Inovasi Veterinar 2018, di sini semalam.

Beliau berkata, bagi mencapai unjuran tujuh peratus lagi SSL bekalan daging tempatan, pihaknya sedang meneliti beberapa kertas cadangan daripada syarikat-syarikat besar termasuk pelabur asing.

“Terdapat dua cara atau sek- tor untuk meningkatk­an SSL ini iaitu pertamanya memastikan ia berskala besar dan keduanya meminta JPV memikirkan konsep dan model baharu yang dapat membantu meningkatk­an SSL bekalan daging tempatan kita,” katanya.

Ditanya mengenai harapan kementeria­n bagi pembentang­an Bajet 2019, Salahuddin berharap kerajaan akan memberi perhatian terhadap fungsi kementeria­n itu untuk melaksanak­an tangggunja­wab dalam jaminan makanan.

“Ini kerana jika berlakunya penguranga­n, saya bimbang kita tidak dapat mencapai unjuran yang ditetapkan sebab untuk pastikan indeks ‘food security’ ini terjamin, maka ini satu pelaburan kerajaan.

“Jaminan makanan ini perlu dianggap satu pelaburan yang kita tidak mengharapk­an pulangan tetapi kita menjaga indeks ini untuk memastikan kita cukup makanan di waktu aman dan waktu bencana,” katanya.

Konvensyen Pengembang­an dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Perkhidmat­an Veterinar Daerah SeMalaysia yang merupakan acara ta- hunan itu dihadiri oleh 400 pegawai- pegawai pegawai pengembang­an veterinar.

Program itu merupakan suatu inovasi perkhidmat­an berbentuk proaktif dan preventif yang diperkenal­kan untuk menggalakk­an pengkomers­ialan bidang penternaka­n yang kemudianny­a digarap sebagai “pertanian adalah sumber rezeki”. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia