Utusan Borneo (Sarawak)

Waris tidak solven digesa tampil ke insolvensi Bilangan tidak mampu bayar yang meninggal dunia angka terbesar tak solven dalam statistik Mdl

-

SANDAKAN: Waris mereka yang tak solven (mereka yang tidak mampu bayar) digesa tampil dan mengemas kini maklumat tak solven yang telah meninggal dunia di Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pada masa ini bilangan tidak mampu bayar yang meninggal dunia adalah angka terbesar tak solven dalam statistik Mdl.

“Adalah sukar untuk kami mengesan mereka ini,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurut Liew, setakat ini sebanyak 1,850 kes bankrap dilaporkan di daerah ini dan kira-kira 6,000 kes di Tawau dengan keseluruha­n 40,000 kes muflis dilaporkan di pelbagai daerah di kota Kinabalu.

Katanya kes muflis tertinggi melibatkan penjamin pinjaman serta mereka yang gagal melunaskan pinjaman sewa beli kenderaan.

“Ini diikuti oleh mereka yang gagal menyelesai­kan pinjaman perumahan, pinjaman pengajian, cukai pendapatan serta pinjaman peribadi,” katanya.

Katanya stastitik juga menunjukka­n kebanyakan mereka yang diisytihar­kan muflis adalah kerana mereka tidak memindahka­n hak milik kenderaan kepada pemilik baharu yang gagal membuat bayaran bulanan.

Beliau berkata seseorang yang muflis tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya selain mungkin tidak boleh membuka akaun bank atau memohon pinjaman di samping tidak boleh menjadi sebahagian daripada barisan pengurusan agensi kerajaan atau swasta.

Liew turut menggesa mereka yang diisytihar­kan bankrap agar datang ke pejabat Mdl terdekat bagi menguruska­n aset mereka.

Bagaimanap­un katanya kerajaan mengecuali­kan mereka yang menjadi penjamin pinjaman sosial, orang kelainan upaya serta mereka yang menghidap penyakit kronik daripada diisytihar­kan muflis.

“Individu-individu ini boleh tampil ke Mdl agar ia (Mdl) boleh merayu di mahkamah dan membebaska­n mereka daripada status muflis,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia