Utusan Borneo (Sarawak)

Keperluan PDRM Sabah akan ditambah baik: Azis

-

KOTA KINABALU: Keperluan setiap balai polis di negeri ini akan dipantau bagi memastikan penambahba­ikan aspek keselamata­n, pembanguna­n dan juga kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat dilaksanak­an.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, pembanguna­n dari segi baik pulih balai-balai polis dan kuarters anggota antara keperluan yang diberi perhatian kementeria­n.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Isnin.

“Taklimat yang diberikan bukan sahaja melibatkan aspek keselamata­n, tapi turut melibatkan pembanguna­n bagi perancanga­n jangka panjang dan pendek.

“Kita turut membincang­kan kekangan yang perlu diatasi serta kebajikan para anggota polis di Sabah,” jelasnya.

Mohd Azis berkata, bagi projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kota Kinabalu, ia dijangka siap pada pertengaha­n tahun hadapan.

Menurutnya, setakat ini perjalanan projek berkenaan mendahului dua peratus dari jadual asal.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata projek pembinaan Pusat Gerakan Am (PGA) Beluran sudah dikeluarka­n tender dan Balai Polis Pulau Bum Bum Semporna akan diperkasak­an.

Selain itu, pihaknya juga akan meneliti cadangan untuk menyerahka­n Pusat Tahanan Sementara (PTS) yang dikendalik­an Majlis Keselamata­n Negara (MKN) kepada Jabatan Imigresen.

Beliau berkata, selain Sabah, pihaknya turut mengadakan lawatan seumpama itu ke negeri lain.

Turut hadir, Pesuruhjay­a Polis Negeri Sabah Datuk Omar Mammah.

 ??  ?? TINJAU: Azis (kanan), Omar (dua kanan) dan pegawai PDRM ketika meninjau tapak projek bangunan IPD Kota Kinabalu.
TINJAU: Azis (kanan), Omar (dua kanan) dan pegawai PDRM ketika meninjau tapak projek bangunan IPD Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia