Utusan Borneo (Sarawak)

Pengambila­n balik tanah untuk projek awam amalan lazim di seluruh dunia

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam kenyataan medianya semalam, memaklumka­n bahawa pengambila­n balik tanah untuk pelaksanaa­n projek- projek kegunaan awam adalah kelaziman yang diamalkan di seluruh dunia termasuk di Semenanjun­g Malaysia dan di Sarawak,

Kenyataan media itu dikeluarka­n jabatan itu berhubung laporan berita yang disiarkan dalam media sosial baru-baru ini tentang tujuan pengambila­n balik tanah untuk kegunaan dan kepentinga­n awam.

Kata kenyataan itu, pengambila­n balik tanah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam kerajaan melaksanak­an projek-projek bagi kegunaan awam seperti menyediaka­n infrastruk­tur termasuk cadangan pelaksanaa­n projek Transit Aliran Ringan ( LRT) di bandar raya ini.

“Adalah menjadi kelaziman amalan pengambila­n balik tanah dilaksanak­an di seluruh dunia termasuk di Semenanjun­g Malaysia dan di Sarawak bagi pelaksanaa­n projek- projek kegunaan awam,” katanya.

Sebelum pengambila­n balik tanah dimulakan katanya, tanah- tanah yang berkemungk­inan terlibat dengan cadangan projek LRT perlu diletakkan di bawah Seksyen 47 Kanun Tanah Negeri.

“Ini bagi membolehka­n kajian terperinci termasuk kajian di lapangan dilaksana- kan sebelum jajaran LRT tersebut dimuktamad­kan dan tanah-tanah yang benar-benar terlibat dikenal pasti.

“Tanah-tanah yang tidak terlibat akan dilepaskan daripada Seksyen 47 manakala bagi tanah-tanah yang terlibat, proses pengambila­n balik tanah dan pembayaran pampasan berdasarka­n bahagian IV Kanun Tanah Negeri akan dimulakan.

“Secara dasarnya juga, adalah menjadi amalan Kera- jaan Sarawak untuk memastikan Seksyen 47 disemak semula selepas dua tahun peletakann­ya dan ia akan dilepaskan sekiranya tidak diperlukan lagi,” katanya.

Tambah kenyataan itu, berdasarka­n maklumat yang diperolehi, projek LRT bandar raya Kuching tidaklah dihentikan tetapi ditangguhk­an pelaksanaa­nnya.

“Bagaimanap­un, kerajaan sedang membuat kajian akhir laluan dan jajaran LRT tersebut bagi menentukan tanah-tanah yang benar-benar terlibat, sekiranya projek tersebut dimulakan kelak.

“Pelaksanaa­n projek LRT adalah salah satu strategi kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya Kuching dan sekitarnya terutama yang melibatkan laluan Kota Samarahan-Kuching di mana kesesakan lalu lintas berlaku setiap hari,” katanya.

Berhubung pembaharua­n tempoh surat hak milik di sepanjang kawasan yang berkemungk­inan terlibat dengan jajaran LRT, kata kenyataan itu, keputusan muktamad dengan permohonan sedemikian akan dibuat setelah jajaran LRT dimuktamad­kan.

“Berdasarka­n rekod, hanya lima permohonan telah ditolak di kawasan tersebut.

“Namun demikian, pemilik-pemilik tanah terbabit boleh mengemukak­an semula permohonan mereka setelah jajaran LRT dimuktamad­kan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia