Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM masih siasat pembelian pesawat DA24M-N Diamond diguna JHS

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) masih menyiasat pembelian pesawat DA24MN Diamond yang digunakan oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) serta agensi-agensi lain untuk melakukan pengawasan di negeri ini.

Perkara itu dinyatakan Pengarah SPRM Sarawak Razim Noor pada sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Bersama Media anjuran SPRM Sarawak di Pusat Penerangan Islam di sini semalam.

Pembelian pesawat itu yang diluluskan kabinet persekutua­n pada 2017, pada harga RM35 juta telah menimbulka­n persoalan banyak pihak menyebabka­n SPRM membuka kertas s i a s a t a n b e r h u b u n g p e m b e l i a n n y a p a d a pertengaha­n tahun ini.

“Kes ini masih dalam siasatan. Saya tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana sensitivit­i kes,” katanya.

Beliau bagaimanap­un mendedahka­n bahawa pesawat itu ketika ini ditempatka­n di negara jiran sementara SPRM masih menjalanka­n siasatan.

Sementara itu pada Selasa lalu, Pengarah JHS Hamden Mohamed berkata, pembelian pesawat itu akan diteruskan seperti dirancang.

Menurut Hamden, jabatan itu ketika ini menunggu untuk menandatan­gani surat perjanjian bagi mendapatka­n pesawat itu yang dilulus p e m b e l i a n n y a o l e h Kementeria­n Kewangan pada 2016 dan dibeli pada Oktober 2017 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Pesawat itu tambahnya, digunakan oleh JHS serta agensi- agensi lain untuk melakukan pengawasan udara seperti memantau situasi banjir serta bagi tujuan pemetaan.

Pesawat itu dibuat oleh sebuah syarikat di Australia, Diamond Aircraft Industries, mampu membawa dua juruteknik­danduajuru­terbang dalam satu misi.

Pada 9 Jun tahun ini, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How membuat laporan polis meminta siasatan segera dibuat berhubung pembelian pesawat berkenaan yang didakwanya ‘terlalu mahal’.

Dalam laporan sama, See menggesa polis dan Kementeria­n Pengangkut­an menyiasat sama ada terdapat individu atau orang perseorang­an dan atau syarikat swasta terlibat dalam transaksi pesawat berkenaan.

Susuluan itu, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh mengeluark­an satu kenyataan bertarikh 10 Jun 2018 menjelaska­n pembelian pesawat berkenaan.

Menurut Len, harga RM35 juta yang dibayar untuk mendapatka­n pesawat berkenaan adalah kos keseluruha­n bagi seluruh projek terdiri daripada badan pesawat, peralatan misi, alat ganti, waranti, sokongan teknikal, latihan dan pelaksanaa­n bagi tempoh lima tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia