Utusan Borneo (Sarawak)

Janda lakukan persediaan melacur dihukum sebat, dihantar ke pusat pemulihan akhlak

-

KUALA TERENGGANU: “Kamu telah berusia 45 tahun. Tidak sepatutnya kamu terlibat dengan kesalahan begini. Kamu sepatutnya telah matang dan boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang halal, mana yang haram dan berdosa.”

Demikian kata Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Kamalruazm­i Ismail ketika penghakima­n terhadap seorang janda yang mengaku bersalah atas tuduhan persediaan untuk melacurkan diri.

Bagi kesalahan itu Kamalruazm­i menjatuhka­n hukuman empat kali sebatan dan tertuduh akan dihantar ke Pusat Perlindung­an Wanita Baitul Ehsan, Sabak Ber- nam, Selangor bermula semalam selama enam bulan.

Katanya, hukuman sebat akan dijalankan di Penjara Wanita Kajang selepas tempoh rayuan selama 14 hari selesai manakala kos sepanjang tempoh pemulihan di pusat perlindung­an tersebut akan ditanggung oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Tertuduh lahir di Johor tetapi tinggal di Klang, Selangor. Ketika prosiding lalu ketika ditanya mahkamah kenapa kamu datang ke sini (Kuala Terengganu), kamu memberitah­u datang semata-mata untuk membuat servis urut dan perkhidmat­an seks. Bermakna kamu datang ke sini adalah semata-mata untuk perkara tersebut,” katanya.

Wanita yang pernah berkahwin sebanyak dua kali tetapi tidak mempunyai anak itu, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah hotel di sini bersama seorang lelaki dipercayai pelanggann­ya, pada kira-kira jam 11.45 malam 19 Sept lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Dalam penghakima­n itu juga, Kamalruazm­i sempat menasihati wanita itu supaya tidak lagi melakukan kesalahan itu dan menerima bahawa hukuman yang dijatuhkan untuk memberi pengajaran kepadanya dan masyarakat.

“Kes sebegini biasanya ada rangkaian dan satu tempat tahanan adalah amat perlu untuk tujuan menyekat gangguan daripada manamana pihak. Pemulihan boleh dibuat ke atas kamu... mudah-mudahan hukuman ini menjadi pengajaran kepada kamu dan orang lain bahawa perkara yang dibuat ini adalah salah dan tidak akan dibuat pada masa akan datang,” katanya.

Ketika prosiding itu, Kamalruazm­i sempat mencadangk­an supaya sebuah pusat tahanan khas dibina ataupun menyediaka­n tempat tahanan khusus di penjara yang sama bagi mengasingk­an antara pesalah sivil dan syariah kerana pendekatan pemulihan adalah berbeza. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia