Utusan Borneo (Sarawak)

Stevie Chan rangka 84 program sepanjang PRK Port Dickson

-

PORT DICKSON: Meskipun tiada jentera, calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong telah mengatur 84 program bertemu pengundi bagi memastikan beliau dapat memberi saingan dalam PRK itu .

Personalit­i media sosial itu yakin programnya itu yang menggunaka­n pendekatan seperti ‘walkabout’ dan media sosial mampu membawa sokongan kepadanya untuk berdepan dengan enam lagi calon lain.

Program-program beliau itu, yang bermula pada hari penamaan calon (29 September), akan diteruskan hingga Jumaat ini, sehari sebelum pengundian.

“Disebabkan ketiadaan jentera, saya terpaksa menggemble­ng tenaga dengan mengadakan enam program setiap hari bermula seawal pagi sehingga tengah malam untuk berjumpa seberapa ramai pengundi. Walaupun kempen yang saya jalankan tidak sehebat calon-calon lain tetapi penerimaan masyarakat Melayu, Cina dan India terhadap saya amat memberangs­angkan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Stevie Chan, 51, berkata perjalanan kempennya, tidak hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja, sebaliknya meliputi kawasan luar bandar.

“Saya bersama masyarakat pelbagai kaum di daerah ini untuk mendengar luahan dan permasalah­an yang dihadapi mereka,” katanya.

Memasuki hari ke-12 berkempen semalam, anak jati Melaka itu berkata beliau telah menjelajah kesemua lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Port Dickson iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang, Linggi dan Sri Tanjung.

“Kalau sudah pun 100 peratus saya berjumpa dengan pengundi, saya tetap akan bersemuka dengan mereka semula berulang kali...ini antara aktiviti yang saya jalankan sepanjang kempen,” katanya.

Berbaki dua hari lagi tempoh kempen, Stevie Chan mengakui telah menambah jumlah programnya sekurangku­rangnya enam program sehari bagi memastikan semua kelompok masyarakat dapat didekati.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia