Pasar produk inovasi ke peringkat antarabangsa: KM
Ia termasuk cuba berinteraksi dengan Plug and Play Techcentre berpangkalan di Amerika Syarikat
KUCHING: Penjawat awam khasnya perlu berani meneroka pasaran luar bagi hasil produk inovasi mereka dengan memasarkannya di peringkat antarabangsa.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia termasuk untuk cuba berinteraksi dengan syarikat seperti Plug and Play Techcentre, iaitu sebuah platform inovasi pemula peniaga global yang berpangkalan di Silicon Valley, Amerika Syarikat.
“Saya melihat negara-negara Asia yang ada adalah seperti Korea, Singapura dan Indonesia tetapi tiada Malaysia.
“Untuk makluman jika produk anda dipromosi di bawah Plug and Play ini ia mempunyai jutaan pasaran luar.
“Saya berharap suatu hari nanti produk anda akan disenaraikan di bawah syarikat ini untuk dipromosikan ke pasaran dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK)
Saya melihat negara-negara Asia yang ada adalah seperti Korea, Singapura dan Indonesia tetapi tiada Malaysia. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri
Perkhidmatan Awam Negeri yang dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani di sini, malam kelmarin. Tambah Abang Johari, penjawat awam yang mem- punyai produk inovatif boleh berinteraksi dengan cawangan Plug and Play yang kini juga ada di Singapura.
Beliau berkata, dengan interaksi sedemikian diharapkan produk inovasi penjawat awam Sarawak antara yang diterima untuk dipromosikan di pasaran dunia nanti.
“Saya tahu ia mungkin merupakan cita- cita yang terlalu tinggi tetapi untuk mencapai cita-cita itu maka kita perlu bekerja gigih mendapatkan matlamat kita ke arah digital.
“Jika ia menjadi realiti ia bermakna kita terus menerapkan budaya mencipta menggunakan teknologi terkini demi kebaikan semua,” katanya.
Mengenai produk inovasi yang dihasilkan perkhidmatan awam sempena Minggu KIK itu, Abang Johari berkata, dengan penambahbaikan dan proses penghasilan menggunakan teknologi, produk berkenaan diharap dapat diguna pakai bagi tugas-tugas mereka.
Katanya Kerajaan Sarawak dalam usaha menaik taraf sistem penyampaian perkhidmatan awamnya yang harus diiringi dengan teknologi serta dalam satu platform yang sama.
Sebagai contoh katanya, aplikasi SarawakPay, yang mungkin boleh dibangunkan dengan satu platform sahaja bagi semua pembayaran bil.
“Mungkin bagi pembayaran pelbagai bil kita hanya bayar dalam satu platform sahaja, ini akan kita terus bangunkan.
“Saya percaya Setiausaha Kerajaan Negeri dan rakan yang lain dapat membina platform sebegini yang sudah pasti memberi perkhidmatan penyampaian lebih baik kepada rakyat,” katanya.