Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama didik anak jadi insan berjaya Ibu bapa diingat tidak serah bulat-bulat tanggungja­wab kepada guru, sekolah

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Ibu bapa diingatkan tidak meletakkan tanggungja­wab mendidik anak-anak kepada guru-guru dan sekolah semata-mata.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, tanggungja­wab itu memerlukan usaha sama ibu bapa, guru dan pihak sekolah dalam membentuk dan membimbing anak-anak menjadi insan yang berjaya.

“Jangan serahkan tanggungja­wab kepada guru semata-mata. Ibu bapa juga perlu saling memainkan peranan dan bekerjasam­a rapat dengan pihak sekolah untuk memastikan serta membimbing anak-anak menjadi insan berguna,” katanya pada Majlis Apresiasi SMK Riam 2018 di sini semalam.

Hadir sama Pengetua SMK Riam Normah Abdul Latiff dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Alwi Mustapha.

Dalam pada itu, Lukanisman turut meminta ibu bapa memberi keizinan anak-anak diberikan hukuman melakukan sedikit kerja di sekolah.

“Hukuman itu tidak sam- pai memudaratk­an pelajar terbabit tetapi lebih mendidik mereka agar berdisipli­n dan bertanggun­gjawab terhadap kesalahan dilakukan.

“Ini secara tidak langsung membantu membentuk akhlak pelajar ke arah lebih baik seperti pernah kita lalui sebagai ibu bapa pada zaman sekolah dahulu dihukum melakukan kerja-kerja pembersiha­n dan sebagainya,” ujar beliau.

Lukanisman turut mengumumka­n peruntukan kerajaan negeri bernilai RM250,000 untuk membina trek larian bagi acara padang dan balapan di sekolah tersebut.

“Ini adalah permintaan se- kolah yang diajukan pengetuany­a dan diharapkan dengan peruntukan ini dapat merealisas­ikan impian sekolah di samping meningkatk­an mutu sukan dengan melahirkan atlet-atlet cemerlang,” katanya.

Beliau turut mengumumka­n peruntukan RM20,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut bagi menganjurk­an pelbagai aktiviti memberi manfaat kepada warga SMK Riam.

 ??  ?? RASMI: Lukanisman (dua kiri) melakukan perasmian Majlis Apresiasi 2018 SMK Riam sambil disaksikan tetamu lain semalam.
RASMI: Lukanisman (dua kiri) melakukan perasmian Majlis Apresiasi 2018 SMK Riam sambil disaksikan tetamu lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia