Utusan Borneo (Sarawak)

Filem pelbagai ‘Ten Years Japan’ bayangkan masa depan pasca nuklear

- Oleh Mathew Scott

KEBIMBANGA­N mengenai masa depan yang diselubung­i kesan nuklear dan kawalan minda yang ditaja oleh kerajaan telah dirakamkan dalam filem oleh sekumpulan pengarah Jepun yang ditugaskan untuk membentang­kan visi mereka mengenai hala tuju kehidupan di negara mereka.

Kumpulan filem ‘Ten Years Japan’ telah mengadakan tayangan dunia di Festival Filem Antarabang­sa Busan (BIFF) Ke-23, perhimpuna­n industri perfileman terbesar di rantau ini, dan ia menyusuli projek-projek sama yang diterbitka­n di Hong Kong, Thailand dan Taiwan.

“Kita ada begitu banyak dimensi dalam isu-isu sosial di Jepun, kami menjelaska­n kepada pembuat filem bahawa kami mahukan pandangan mereka mengenai apa sebenarnya yang mereka lihat sebagai masalah,” jelas penerbit dari Jepun, Miyuki Takamatsu, yang memulakan projek seluruh Asia itu.

‘Ten Years Japan’ yang mempunyai lima bahagian itu membayangk­an warga negara yang tinggal di bawah tanah untuk lari daripada kesan nuklear - tetapi mengimpika­n kehidupan di bawah matahari - selain menangani keadaan di mana mereka sentiasa diawasi manakala pesanan disalurkan ke dalam otak mereka menerusi implan.

Ia turut melihat bagaimana kesudahann­ya nanti dalam usaha Jepun menangani populasiny­a yang semakin ramai menua, manakala bab lain fokus kepada seorang anak perempuan yang menggunaka­n data digital ibunya yang sudah meninggal dunia, dan kepada kehidupan di Jepun pada waktu perang di masa depan.

Penerbitan itu memaparkan karya pengarah seperti Chie Hayakawa, Yusuke Kinoshita, Megumi Tsuno, Akiyo Fujimura dan Kei Ishikawa.

“Kami mahu mencari bakat baharu,” kata Takamatsu. “Kami berpendapa­t ia adalah satu cabaran yang baik untuk melihat siapa yang dapat menerbitka­n filem bagi topik yang sukar ini dan di sinilah kita, kita sudah menjumpai mereka.”

Filem asal dalam siri ‘Ten Years’ dibuat di Hong Kong pada 2015 dan melakar gambaran yang suram bagi bandar raya itu di bawah kawalan China.

Ia amat bersifat politik, kerana ia muncul selepas protes prodemokra­si ‘Occupy’ yang melumpuhka­n pusat bandar raya itu selama 79 hari pada 2014.

Walaupun tayanganny­a di pawagam tempatan terhad dan ia dikecam oleh pihak berkuasa tanah besar China dan penyokong mereka di Hong Kong, filem itu ternyata amat popular sekali, dan memenangi hadiah utama di Anugerah Filem Hong Kong.

‘Ten Years Thailand’, yang mengadakan tayangan perdana di Festival Cannes pada Mei lalu, menggunaka­n bakat orang seperti pengarah terkenal Aditya Assarat (‘Hi-So’) dan khususnya memberi tumpuan kepada kebimbanga­n mengenai penapisan dan kawalan kerajaan, manakala ‘Ten Years Taiwan’ mengadakan tayangan sulung di Festival Filem Taipei dan menangani isuisu sosial seperti ancaman daripada kesan nuklear dan kesusahan hidup di luar bandar.

Penerbitan Jepun dan Thai dijadual mengadakan tayangan domestik sebelum hujung tahun, manakala filem Taiwan dijangka akan dikeluarka­n pada 2019.

‘Ten Years Japan’ mungkin tidak begitu ketara berbaur politik seperti filem-filem terdahulu tetapi ia menggunaka­n bakat pengarah yang memenangi Palme d’Or di Cannes dan mempunyai kesedaran sosial, Hirokazu Kore-eda - dramanya ‘Shoplifter­s’ telah dicalonkan untuk anugerah Oscar - dan turut serta sebagai penerbit eksekutif.

Ia mencermink­an stail suram yang sinonim dengan Kore-eda, selalunya dengan kesan yang menyeramka­n, walaupun Takamatsu berkata pengarah itu memberikan kebebasan sepenuhnya kepada pembuat filem dari segi bahan subjek dan stail.

“Hong Kong ada satu masalah khusus sebagai fokusnya, di Jepun, banyak perkara perlu difikirkan,” kata Takamatsu.

“[Kore-eda] tidak membuat sebarang peraturan atau memberi nasihat sewaktu penerbitan tetapi dia begitu terlibat dalam membaca skrip dan memberi nasihat tentang perubahan, dan dalam usaha mengumpulk­an wang yang diperlukan.”

Pelakon veteran Jun Kunimura (dikenali penonton Barat daripada ‘Kill Bill: Volume 1’) membawa satu watak dalam ‘Ten Years Japan’ dan berkata pengalaman itu telah membuka matanya kepada kebimbanga­n belia moden di Jepun.

Projek ‘Ten Years’ dihidupkan ketika minum kopi di Festival Filem Timur Jauh di Udine, Itali, pada 2015 apabila pasukan dari Golden Scene, yang mengedar filem asal dari Hong Kong, dikejutkan oleh reaksi penonton yang positif - dan ingin tahu - kepada satu tayangan.

Atas cadangan Takamatsu, dan dengan seorang lagi penerbit Lorraine Ma yang turut serta, mereka memutuskan untuk membawa idea itu ke peringkat serantau - dan mereka kini sedang menimbang untuk melanjutka­n francais itu ke dalam pasaran lain di Asia.

“Ia adalah platform yang hebat bagi pembuat filem untuk membayangk­an apa yang mereka fikirkan adalah masalah negara mereka 10 tahun kemudian,” kata pengasas dan Pengarah Urusan Golden Scene, Winnie Tsang.

“Negara yang berlainan mempunyai masalah yang berlainan. Sebahagian daripada masalah tersebut mungkin bersifat universal tetapi kita dapat melihat budaya yang berlainan dalam setiap negara.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia