Utusan Borneo (Sarawak)

KEPAKARAN JURULATIH BAHARU DITAGIH

Jurulatih berkemahir­an tinggi amat penting untuk tentu hala tuju kejayaan sesebuah pasukan bola sepak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sentiasa memerlukan kepakaran jurulatih-jurulatih baharu dalam usaha mengembali­kan era kegemilang­an sukan bola sepak di negeri ini.

Naib Presiden FAS, Abang Suhordie Abang Zaini berkata jurulatih berkemahir­an tinggi amat penting bagi menentu hala tuju kejayaan sesebuah pasukan bola sepak sejajar dengan perubahan dunia bola sepak dunia yang jauh berkembang pesat ketika ini.

Justeru, katanya, usaha untuk melahirkan jurulatih-jurulatih baharu yang memiliki kepakaran tinggi memerlukan kerjasama pakar dalam pelbagai bidang.

“FAS sememangny­a amat mengalu- alukan kehadiran jurulatih- jurulatih baharu dengan kepakaran tinggi untuk membantu mengembali­kan kegemilang­an bola sepak di Sarawak.

“Oleh itu, jika kita lihat kebanyakan negara kuasa bola sepak ketika ini amat memberi penekanan terhadap usaha melahirkan jurulatih baharu,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutupan Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Lesen D FAM 2018 di Institut Pendidikan Guru Kampuns Tun Abdul Razak (IPGKTAR) Kota Samarahan kelmarin.

Hadir sama Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTAR Safiah Shain, Setiausaha Agung FAS Jefry Lana serta dua fasilitato­r dari FAM, Abdul Ghani Malik dan Raja Isa Raja Akram Shah.

Abang Suhordie memberitah­u, pihaknya berharap ada kalangan peserta mengikuti kursus itu menjadi jurulatih bagi tiga skuad utama Sarawak nanti.

“Mungkin ada kalangan peserta mengikuti kursus ini mampu menempa nama selain cemerlang dalam bidang kejurulati­han serta berpeluang mengemudik­an tiga skuad utama Sarawak suatu hari nanti,” katanya.

Kursus tersebut dianjurkan oleh IPGKTAR dengan kerjasama FAS dan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP) dari 8 hingga 12 Oktober lalu.

Seramai30p­esertameng­ikuti kursus lima hari itu.

FAS sememangny­a amat mengalualu­kan kehadiran jurulatih-jurulatih baharu dengan kepakaran tinggi untuk membantu mengembali­kan kegemilang­an bola sepak di Sarawak. Abang Suhordie Abang Zaini Naib Presiden FAS

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Abang Suhordie (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta kursus jurulatih bola sepak Lesen D FAM 2018 di Kota Samarahan, Jumaat lalu.
TAHNIAH: Abang Suhordie (kiri) menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta kursus jurulatih bola sepak Lesen D FAM 2018 di Kota Samarahan, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia