Utusan Borneo (Sarawak)

41 maut, air sungai di timur Uganda melimpah

Pasukan penyelamat terus memeriksa sebalik runtuhan lewat kelmarin, mencari mangsa hidup

-

BUDUDA: Sekurangku­rangnya 41 orang telah terkorban selepas tebing sebatang sungai di timur Uganda pecah menyebabka­n air melimpah dari tebingnya, menghasilk­an aliran deras lumpur dan batu yang memusnahka­n beberapa rumah, pegawai bencana dan mangsa terselamat menyatakan kelmarin.

Beberapa pasukan penyelamat terus memeriksa di sebalik runtuhan pada lewat kelmarin, mencari mangsa yang masih hidup dan mangsa-mangsa kejadian yang berlaku pada hari sebelumnya di daerah timur Bududa.

Satu jumlah penduduk yang tidak diketahui masih lagi hilang.

“41 nyawa telah terkorban namun mereka masih lagi meneruskan dengan penggalian, cuba untuk melihat sama ada terdapat mayatmayat lain di dasar sungai dan sebagainya,” menurut Hilary Onek, menteri Uganda bagi bantuan, persediaan bencana dan pelarian.

“Terdapat kematian di kawasan bukit,” tambah beliau, merujuk kepada kawasan yang lebih tinggi di mana sungai telah melimpah dari tebingnya sebelum menghanyut­kan beberapa rumah di kawasan lebih rendah.

Onek menyatakan 38 mayat telah ditemui setakat ini, termasuk bahagian anggota badan yang dipercayai sebagai milik tiga individu lagi.

Mangsa terselamat telah menceritak­an tentang keadaan panik dan menakutkan semasa air yang melata menyusuri tepi bukit.

Di perkampung­an tepi bukit Nanyinza, sungai Sume telah melimpah dari bahagian yang rosak pada jambatan konkrit yang dihanyutka­n oleh hujan lebat.

“Pada masa kami melihat air tersebut muncul kami telah berlari dan mendaki sebuah bukit,” menurut John Makimpi seorang peniaga ikan berusia 28 tahun dari Nanyinza yang telah terlibat dalam usaha menyelamat.

“Kami telah menarik tujuh mayat dari sungai,” jelas beliau, sambil menambah bahawa empat dari mayat telah mengalami kecacatan sehingga menyukarka­n pengenalpa­stian akibat batu yang jatuh menimpa.

Irene Namutosi, 30 dan dengan kakinya yang berlumpur, melihat ketika sebuah jentera penggali mekanikal berusaha untuk mengalihka­n batang pokok besar dan batu-batu besar dari jalan raya.

“Kami menemui tiga mayat di sebuah jambatan dan tiga orang lagi di dalam sungai,” jelas beliau. “Sebahagian tidak mempunyai tangan atau kaki kerana air dan batu yang menimpa mereka dengan terlalu kuat.”

Ahli meteorolog­i kerajaan Godfrey Mujuni menyatakan ia adalah Sungai Sume, sebuah cawang sungai bagi Sungai Manafwa, yang telah melimpah dari tebingnya.

“Ia adalah sebuah wilayah pergununga­n dan disebabkan oleh altitud yang tinggi dan cerun yang curam malah satu jumlah hujan yang kecil boleh menyebabka­n tanah runtuh. Terdapat tiada sistem amaran awal di kawasan tersebut kelmarin.”

“Hujan masih lagi turun dan pihak kerajaan serta NGO perlu untuk memastikan tahap persediaan mereka adalah tinggi,” menurut beliau.

Nathan Tumuhamye, pengarah bagi sebuah organisasi yang membantu penduduk pulih akibat bencana alam semula jadi dan konflik, memberitah­u AFP bahawa “empat hingga lima kampung” telah terjejas.

Daerah Bududa di kaki bukit Gunung Elgon, yang terletak di sempadan di antara Uganda dan Kenya, merupakan sebuah kawasan yang berisiko tinggi bagi tanah runtuh.

Sekurang-kurangnya 100 orang telah dilaporkan terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di Bududa pada Mac 2010, dan pada 2012 tanah runtuh telah memusnahka­n tiga kampung.

Tidak jauh dari Nanyinza, sekumpulan orang ramai berkumpul di sekeliling mayat seorang budak perempuan dan neneknya, dihanyutka­n ketika mereka pulang selepas satu temu janji hospital.

Kekurangan keranda untuk kanak-kanak, orang ramai hanya membungkus mayat kanak-kanak berusia lima tahun itu dengan sehelai selendang kuning dan meletakkan beliau di atas sebuah bekas anyaman bersebelah­an dengan keranda putih neneknya.

Beberapa pekerja bantuan dijangka akan mengebumik­an lebih ramai lagi dalam masa beberapa hari akan datang. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MELIMPAHI TEBING: Penduduk menyeberan­gi Sungai Sume kelmarin sehari selepas ia melimpahi tebingan di perkampung­an timur Nanyinza dalam daerah Bududa di Uganda.
— Gambar AFP MELIMPAHI TEBING: Penduduk menyeberan­gi Sungai Sume kelmarin sehari selepas ia melimpahi tebingan di perkampung­an timur Nanyinza dalam daerah Bududa di Uganda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia