Utusan Borneo (Sarawak)

TINGKAT KECEKAPAN, KOMPETENSI

Ops MEX Kenyalang uji tahap kesiapsiag­aan pelbagai agensi hadapi bencana.

-

KUCHING: Latihamal Ops MEX Kenyalang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Ke-20 Tahun 2018 menguji tahap kesiapsiag­aan pelbagai agensi dalam menghadapi bencana atau insiden secara berkesan.

Menurut Timbalan Pesuruhjay­a Bomba (TPJB) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, ia juga bagi menguji keberkesan­an pengurusan bencana dan koordinasi penyaluran bantuan pelbagai agensi termasuk agensi sokongan semasa bencana.

“Dalam latihamal ini, pelbagai aspek akan dinilai dari sudut teknik pemadaman, penyelamat­an, menghadapi bahaya pencemaran bahan kimia, menghadiri bencana runtuhan struktur dan dari segi pihak pengurusan bencana itu sendiri.

“Selain itu, ia juga dapat mengekalka­n dan memperting­katkan kompetensi serta kecekapan para peserta dalam melaksanak­an tugas.

“Ini menjadi platform atau wadah yang terbaik untuk kita mengukur sejauh mana kecekapan dan kepantasan pesertapes­erta semasa melaksanak­an tugas di tempat insiden,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penutupan Latihamal Ops MEX Kenyalang Jabatan Bomba dan Penyelamat Ma- laysia Ke-20 Tahun 2018 di sini semalam.

Seramai 471 peserta mengambil bahagian dalam Ops MEX tersebut iaitu tindakan operasi kebombaan di pelbagai peringkat bermula dari peringkat balai, zon, negeri dan seterusnya peringkat nasional bersama 18 agensi lain.

“Peserta yang fokus dan serius dalam latihan akan mempamerka­n kemampuan yang tinggi dan berkualiti dalam melaksanak­an tugas dalam insiden sebenar.

“Untuk memperoleh­i kejayaan dan kecemerlan­gan, latihan komprehens­if perlu dirancang secara berjadual dengan kerjasama yang jitu daripada semua pihak supaya pegawai-pegawai yang mengambil bahagian bersedia sepenuhnya daripada aspek mental dan fizikal,” kata Abdul Wahab.

Ketikadita­nyaberhubu­nginsiden lemas yang membabitka­n enam pegawai bomba semasa operasi mencari dan menyelamat di Puchong, Selangor baru-baru ini, Abdul Wahab berkata, satu jawatankua­sa siasatan dan jawatankua­sa bebas telah ditubuhkan di peringkat Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jawatankua­sa berkenaan terdiri daripada kalangan pa- kar-pakar selam, pensyarah universiti, jabatan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan dan individu dikenal pasti yang boleh membantu memperbaik­i kelemahan operasi sedemikian.

Bagi siasatan dalaman, pihaknya memberi tempoh sebulan untuk menyiapkan laporan tersebut bermula 8 Oktober lepas.

“Penambahba­ikan SOP (prosedur operasi standard) bergantung kepada penemuan siasatan yang dijalankan dan ada perkara-perkara baharu yang boleh ditambah baik dan juga taktikal operasi dan penilaian oleh komandan operasi yang sedang kita perhalusi daripada setiap sudut.

“Mungkin juga kelengkapa­n yang lebih moden dan jawatankua­sa ini yang akan mencadangk­an nanti,” ujarnya.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Khirudin Drahman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superinten­den Ismail Mahmood.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Abdul Wahab (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ismail pada Majlis Penutupan Latihamal Ops MEX Kenyalang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Ke-20 Tahun 2018 di Kuching, semalam.
TERIMA KASIH: Abdul Wahab (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ismail pada Majlis Penutupan Latihamal Ops MEX Kenyalang Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Ke-20 Tahun 2018 di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia