Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA SENAPANG DAN DADAH DIRAMPAS, TUJUH LELAKI DICEKUP

-

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak berjaya menahan tujuh lelaki tempatan dan merampas tiga laras senapang buatan sendiri dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di Kampung Stungkor Baru, Lundu dekat sini kelmarin.

Ketuanya Superinten­den Sahar Abd Latif berkata, serbuan sekitar jam 12.35 tengah hari itu dibuat selepas risikan mengesyaki terdapat aktiviti penyalahgu­naan dadah di rumah tersebut.

Susulan serbuan tersebut juga, polis berjaya menemui dadah disyaki syabu seberat 10.71 gram bernilai kira-kira RM1,610.

“Hasil pemeriksaa­n menjumpai satu beg sandang dan di dalamnya didapati mengandung­i satu tiub straw berisi ketulan kristal (0.11 gram) disyaki syabu dan pemeriksaa­n ke atas sebuah bilik tidur turut menemui dua peket plastik juga berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 10.60 gram.

“Pemeriksaa­n lanjut kemudian menemui satu laras senapang patah berisi timah dipercayai peluru daripada seorang suspek yang berada di ruang tamu rumah berkenaan.

“Manakala, dua lagi senapang angin ditemui di dalam bilik tidur iaitu di tepi dinding dan di atas katil,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 68 tahun itu juga didapati positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Bagaimanap­un, ketujuh-tujuh suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan kini mereka dalam proses permohonan reman,” kata Sahar.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 8(a),8(b) serta Seksyen 36 Akta Senjata Api.

 ??  ?? DIRAMPAS: Senapang dan dadah yang dirampas daripada kumpulan suspek terbabit.
DIRAMPAS: Senapang dan dadah yang dirampas daripada kumpulan suspek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia