Utusan Borneo (Sarawak)

PENCAPAIAN SUKAR DITANDINGI

Ketokohan Tun Taib menyaksika­n Sarawak yang dahulunya serba kekurangan kini makmur sejahtera: KM

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Sumbangan dan pencapaian Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada Sarawak dan Malaysia sukar ditandingi oleh pemimpin-pemimpin lain.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Tun Taib adalah tokoh kepimpinan yang telah menyaksika­n Sarawak melalui pelbagai peristiwa sejak zaman British lagi.

“Beliau telah melihat Sarawak melalui liku-liku perjalanan­nya dari sebuah negeri yang serba kekurangan pada zaman British, kemudian diberi kuasa untuk mentadbir sendiri pada 22 Julai 1963, mencapai kemerdekaa­n dalam Malaysia, mengharung­i konfrontas­i dan kegiatan subversif komunis, menempuh era yang tidak menentu dalam kancah politik yang begitu hebat sebelum mencapai kestabilan selepas 1970 apabila kerajaan campuran Sarawak ditubuhkan.

“Mula memegang tampuk kepimpinan kerajaan Sarawak pada 1981 dan bertitik tolak daripada itu, Sarawak mula mengorak langkah untuk memodenkan ekonominya.

“Dengan usaha supaya ‘politickin­g’ antara kaum diminimumk­an dengan konsep ‘Politik Pembanguna­n,’ Sarawak mula memberi tumpuan kepada program untuk melebarkan asas ekonominya supaya tidak terlalu bergantung kepada pengekspor­tan bahan mentah sahaja, tetapi memberi perhatian kepada usaha-usaha ke arah aktiviti pembuatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Yang Ke-82 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dataran Bandar Sibu, semalam.

Hadir sama Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, isteri Abang Johari Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Bujang, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh merangkap Menteri Bertanggun­gjawab sambutan tersebut serta menteri-menteri kabinet dan para kenamaan lain.

Abang Johari berkata, antara usaha Tun Taib sebelum menyerahka­n tampuk pimpinan kerajaan negeri kepada Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem ialah merancang dan melaksanak­an program untuk membangunk­an kawasan tengah Sarawak dengan menubuhkan Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) yang berpaksika­n program perindustr­ian di bawah Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

“Kita dan rakyat sekalian berdoa agar Tun Taib dan Toh Puan Ragad sentiasa diberkati dan dirgahayu serta terus menjadi lambang perpaduan dan penyatuan rakyat Sarawak yang berbilang bangsa dan agama,” katanya.

Ketua Menteri berkata, sambutan perayaan Hari Jadi TYT yang dimeriahka­n dengan rapat raksasa dan pelbagai acara lain diraikan pada setiap tahun.

Jelasnya, sambutan sedemikian bukan sekadar sambutan semata-mata, tetapi merupakan suatu usaha untuk mengangkat kedudukan TYT sebagai sebuah institusi yang menjadi faktor penyatuan dan perpaduan rakyat Sarawak.

“Sebagai Ketua Menteri, saya amat berharap rakyat sekalian dapat menghayati makna yang begitu mendalam ketika kita merayakan sambutan Hari Jadi TYT setiap tahun dan tidak melihatnya sebagai sekadar satu perayaan sahaja,” tegasnya.

Menyentuh lanjut mengenai sumbangan dan perubahan yang dibawa Tun Taib, Abang Johari memberitah­u, tidak boleh dinafikan bahawa beliau telah memberikan sumbangan besar kepada pembanguna­n Sarawak sebagai ekonomi moden.

“Pelaksanaa­n SCORE telah mengubah pembanguna­n di Bintulu dan Mukah. Mukah dari sebuah bandar sepi telah menjadi sebuah bandar yang bertenaga, manakala Bintulu dengan pembanguna­n bandar satelit Samalaju telah menjadi hab industri dan pembuatan untuk Sarawak.

“Ini menyebabka­n beriburibu rakyat telah berhijrah ke Bintulu untuk mencari pekerjaan atau menjalanka­n perniagaan di sana.

“Beliau telah meletakkan asas yang kukuh untuk Sarawak sebagai industri dengan pelaksanaa­n SCORE yang telah menarik sejumlah besar pelaburan langsung asing dan pelaburan swasta ke negeri ini terutamany­a dalam industri berat berjumlah RM33.6 bilion setakat ini dan mewujudkan 17,000 peluang pekerjaan untuk rakyat,” tambahnya.

 ??  ?? DIRGAHAYU TUN: Tun Taib (enam kiri) ditemani Ragad (tujuh kiri) sambil disaksikan oleh kenamaan lain memotong kek hari jadinya pada sambutan di Sibu, semalam.
DIRGAHAYU TUN: Tun Taib (enam kiri) ditemani Ragad (tujuh kiri) sambil disaksikan oleh kenamaan lain memotong kek hari jadinya pada sambutan di Sibu, semalam.
 ??  ?? PERIKSA: Taib (tengah) ketika memeriksa perbarisan sempena sambutan hari jadinya di Sibu, semalam.
PERIKSA: Taib (tengah) ketika memeriksa perbarisan sempena sambutan hari jadinya di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia