Utusan Borneo (Sarawak)

PERJALANAN KE HARI SUKAN NEGARA NYARIS BERTUKAR TRAGEDI

-

BETONG: Perjalanan untuk menghadiri Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Betong nyaris bertukar tragedi bagi seorang lelaki apabila kereta yang dipandunya terbakar di Jalan Suri, Debak dekat sini semalam.

Memandu sendirian dari Betong ke Debak dalam hujan renyai-renyai, Majalan Adenan, 62, begitu berhati-hati kerana jalan yang menjadi laluannya amat berbahaya selepas lima kenderaan dikatakan terlibat dalam kemalangan kendiri akibat jalan licin awal minggu ini.

Namun ketika melalui satu selekoh, mangsa mendapati keretanya mula berasap dan mengeluark­an api menyebabka­n beliau cemas lalu memberhent­ikan keretanya.

Dalam keadaan panik, mangsa tidak berdaya berbuat apa-apa dan cuma menyedari ada orang awam yang menariknya keluar dari keretanya sebelum ia rentung dalam kebakaran tersebut.

Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang menerima laporan sekitar jam 8.12 pagi bergegas ke lokasi kejadian.

Pegawai Operasinya Henry Jugah memberitah­u, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati sebuah kereta MPV berwarna putih sedang terbakar.

“Operasi pemadaman terus dijalankan dengan menggunaka­n satu aliran 100 kaki, satu nozel air yang diperolehi daripada tangki jentera sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Api berjaya dipadamkan dalam tempoh 14 minit namun kenderaan tersebut telah musnah 100 peratus.

“Punca dan kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? RENTUNG: Kereta mangsa musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Suri, Debak semalam.
RENTUNG: Kereta mangsa musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Suri, Debak semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia