Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong penyusuan susu ibu: Fatimah

Komitmen semua perlu capai sasaran 50 peratus penyusuan susu ibu sepenuh masa

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu semalam melancarka­n buku berkongsi pengalaman ibu dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Majlis pelancaran buku tersebut disempurna­kan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di Pusat Agape Sibu.

Dalam ucapannya, Fatimah menyeru komitmen semua pihak dalam menyokong amalan penyusuan susu ibu ke arah mencapai sasaran 50 peratus penyusuan susu ibu sepenuh masa yang telah ditetapkan oleh World Health Assembly menjelang 2025.

“Di Sarawak, kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan telah meningkat daripada 10.1 peratus pada 2011 kepada 37.5 peratus

Di Sarawak, kadar penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk enam bulan telah meningkat daripada 10.1 peratus pada 2011 kepada 37.5 peratus pada tahun lepas dan setakat tahun ini 42.4 peratus. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

pada tahun lepas dan setakat tahun ini 42.4 peratus.

“Manakala, di Sibu kadar di bawah 20 peratus direkod untuk beberapa tahun sebelum meningkat kepada 22.3 peratus pada tahun lepas. Dan, meningkat kepada 31.3 peratus tahun ini,” katanya.

Menurutnya, usaha tersebut memerlukan sokongan semua pihak termasuk kaum bapa dan suami, kumpulan sokongan penyusuan susu ibu serta Jabatan Kesihatan.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat memuji usaha Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu melancarka­n buku tersebut dan berharap dapat diterjemah­kan dalam bahasa Melayu untuk manfaat lebih ramai ibu kaum bukan Cina.

“Saya berharap penterjema­han buku ini dapat dilakukan agar kita bersamasam­a berkongsi pengalaman dalam penyusuan susu ibu bukan hanya tertumpu kepada mereka di bandar, malah kaum ibu di luar bandar.

“Ini penting untuk memberi kesedaran dan pengetahua­n mengenai kepentinga­n penyusuan susu ibu kepada golongan wanita yang pertama kali bergelar ibu, kaum bapa dan ahli keluarga serta orang ramai,” ujarnya.

Buku yang diterbitka­n dalam bahasa Mandarin menceritak­an 37 ibu, dua bapa dan tiga anak berkongsi pengalaman suka duka mereka dalam penyusuan susu ibu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad, Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, pengerusi jawatankua­sa Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu Faith Ngu.

 ??  ??
 ??  ?? LANCAR: Fatimah (tiga kiri) melakukan pelancaran buku oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu.
LANCAR: Fatimah (tiga kiri) melakukan pelancaran buku oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia