Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki hilang ditemui meninggal dunia

Mayat mangsa ditemui di rumah kosong tidak jauh dari rumah panjangnya

- Oleh Michael Ubam

JULAU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Rumah Budit Nanga Sebuluh, Entabai dekat sini Rabu lepas ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kosong sekitar jam 8 malam kelmarin.

Mayat mangsa, Janatan Lidum, 44, yang dipercayai keluar dari rumah panjang pada 8 Oktober lalu ditemui penduduk kampung di lokasi tidak jauh dari rumah panjangnya.

Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) dilancarka­n selepas pihak polis, Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima laporan kejadian pada jam 10.50 pagi 12 Oktober.

Bagaimanap­un, operasi SAR di sekitar kawasan rumah panjang gagal menemui sebarang petunjuk setelah orang kampung mendapati pintu bilik mangsa telah berkunci dan dibuka oleh penduduk kampung bersama saudaranya, namun mangsa tidak kelihatan.

Pihak bomba kemudian mengadakan perbincang­an dan polis serta penduduk kampung dan bersetuju bahawa operasi SAR ditangguhk­an pada jam 5 petang hari yang sama.

Namun, penduduk rumah panjang yang meneruskan usaha mencari akhirnya menjumpai mangsa dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah rumah kosong berhampira­n rumah panjang mereka pada malam itu.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis dan terus dihantar ke Hospital Sarikei untuk pemeriksaa­n pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Bidol Noyeng ketika dihubungi mengesahka­n penemuan mayat tersebut.

Katanya, siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian tidak menemui unsur-unsur jenayah.

“Mangsa tidak mengalami sebarang luka atau cedera dan hanya mengalami kecacatan di bahagian kaki sebelum kematianny­a,” jelasnya.

Beliau berkata, mangsa dipercayai mati akibat kelaparan dan kes diklasifik­asi sebagai mati mengejut (SDR).

Bidol menambah, mayat telah dituntut oleh ahli keluargany­a pada pagi semalam.

Mangsa tidak mengalami sebarang luka atau cedera dan hanya mengalami kecacatan di bahagian kaki sebelum kematianny­a. DSP Bidol Noyeng Ketua Polis Daerah Julau

 ??  ?? BINCANG: Ahli keluarga mangsa berbincang dengan pasukan SAR di Rh Budit.
BINCANG: Ahli keluarga mangsa berbincang dengan pasukan SAR di Rh Budit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia