Utusan Borneo (Sarawak)

MCW pelawa orang ramai sertai pasukan banteras rasuah

-

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan ( NGO) Pemerhati Rasuah Malaysia ( MCW) mempelawa orang awam untuk menyertai pasukan itu dalam usaha membantera­s rasuah dalam negara, kata Presidenny­a Jais Abdul Karim.

Beliau berkata bagi tujuan itu, MCW akan menyediaka­n latihan yang bersesuaia­n untuk memperleng­kapkan fizikal dan mental masyarakat yang berminat menyertai NGO berkenaan.

Jais berkata sebagai rakan strategik gerakan pencegahan rasuah, MCW mampu mengeluark­an laporan analisis (tanpa rasa takut atau pilih kasih) terhadap pencapaian kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menunaikan janji serta memastikan rasuah dapat dikekang menjelang tempoh akhir lima tahun memerintah Malaysia baharu.

“Tugasan ini bukanlah mudah dan memerlukan pasukan MCW yang hebat dan kritis bagi memastikan aktiviti ‘check and balance’ terlaksana. Pemimpin MCW memerlukan kemahiran memahami manifesto PH dan peka memerhati pelaksanaa­n dalam setiap agenda kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Jais, MCW kini semakin agresif bertindak sebagai badan pendesak dan memantau pelaksanaa­n manifesto PH khususnya berkaitan iltizam kerajaan membantera­s rasuah dan meningkatk­an integriti penjawat awam.

Antara fokus MCW adalah dana parti politik, kos sara hidup penguat kuasa agar mereka tidak perlu mengambil rasuah dan memastikan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia benarbenar berfungsi sebagai suruhanjay­a bebas di bawah parlimen dengan peruntukan yang mencukupi.

Turut diberi tumpuan adalah mewujudkan sistem atau akses bagi memudahkan rakyat meneliti harta dan sumber pendapatan setiap pemimpin negara dan penjawat awam secara telus dan mendedahka­n kelemahan agensi kerajaan terutamany­a yang masih terpalit dengan masalah rasuah dan salah guna kuasa, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia