Utusan Borneo (Sarawak)

Bahana tinggalkan bahan masakan tanpa pengawasan

-

BINTULU: Sebuah rumah nyaris musnah dijilat api dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada bahan masakan yang sedang dimasak ditinggal tanpa pengawasan oleh penghuniny­a di Taman Bandar Jaya, Jalan Bintulu-Miri di sini, lewat malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu TPgB Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.41 malam dan mengerahka­n dua jentera, sebuah EMRS bersama 14 anggota yang diketuai PBK II Stephen Plen ke tempat kejadian.

“Setiba di tempat kejadian, anggota didapati ruang dapur berkeluasa­n 7x10 kaki jenis struktur kekal musnah terbakar akibat masakan yang ditinggalk­an dan semasa kejadian, penghuni tiada di rumah terbabit,” ujarnya sambil menambah, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran itu daripada terus merebak ke bahagian lain rumah.

Katanya, kemusnahan kurang daripada 10 peratus di bahagian dapur rumah yang didiami dua penghuni tersebut, namun kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa dengan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.12 malam.

Dalam kejadian berasingan, sebuah jengkaut di Jalan Kidurong terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang berlaku pada petang Khamis.

Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.58 petang dan pengadu yang melapor kejadian itu telah melakukan tindakan awal dengan berusaha memadam jentera itu menggunaka­n satu unit alat pemadam api jenis debu kering.

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian bersama sebuah jentera FRT dan EMRS serta lapan anggota diketuai PBK II Herman Main terus melakukan proses pemadaman sehingga api dipadam sepenuhnya pada jam 2.40 petang.

Begitupun katanya, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu dan operasi ditamatkan pada jam 2.45 petang dan kes terbabit juga masih dalam siasatan.

Turut membantu dalam operasi itu ialah enam anggota dan jentera dari bomba pelabuhan.

 ??  ?? HANGUS: Keadaan dapur yang terbakar di sebuah rumah di Bandar Jaya malam kelmarin.
HANGUS: Keadaan dapur yang terbakar di sebuah rumah di Bandar Jaya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia