Utusan Borneo (Sarawak)

Juma’ani ketuai senarai penerima Darjah Kebesaran Negeri

Isteri Ketua Menteri menerima gelaran ‘Datuk Amar’ pada Sambutan Hari Lahir Ke-82 Yang di-Pertua Negeri di Sibu

-

KUCHING: Isteri Ketua Menteri, Datin Patinggi Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengetuai senarai 28 penerima Darjah Kebesaran Negeri sempena Sambutan Hari Lahir Ke-82 Yang di-Pertua Negeri yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Sibu semalam.

Juma’ani dianugerah­kan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran ‘Datuk Amar.’

Selain itu, Allahyarha­m Datuk Seri Alli Kawi yang diwakili isteri beliau, Datin Seri Fatimah Jamil turut dianugerah­kan darjah kebesaran yang sama secara anumerta.

Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) yang juga Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing dikurniaka­n Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri.’

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Panglima Gemilang Bintang Kenyalang ( PGBK) yang membawa gelaran ‘Datuk,’ Menteri Muda ( Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi mendahului senarai penerima, diikuti Ahli Parlimen Betong Robert Lawson Chuat, Dato Abdillah Abdul Rahim dan Hii Teck Yun.

Sementara itu, enam penerima dianugerah­kan Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran ‘Datu’ ialah Dr Wan Lizoman Wan Omar, Soedirman Aini, Ken Leben, Sharbini Suhaili, Sutin Shamat @ Sahmat dan Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Istiadat diteruskan dengan pengurniaa­n Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ diketuai oleh Dr Munirah Mohd Hassan.

Turut menerima pingat yang sama, Ustaz Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, Philimon Nuing, Musa Giri, Sulaiman Narawi, Tan Jit Kee, Ismawi Duet, Awang Raweng, Yong Piaw Soon, Ir Janang Bungsu, Chieng Buong Toon, Marcus Leong @ Leong Chee Chai.

Pengurniaa­n darjah PSBS secara anumerta dianugerah­kan kepada mendiang Puan Sri Datin Amar Margaret Guning Banyang yang diwakili oleh Melia Linggi dan Allahyarha­m Mohamad Johnny Mustapha yang diwakili oleh Dato Morshidi Mustapha.

Hadir sama Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an dan Menteri Kedua Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan kenamaan lain.

Sementara itu di SIBU, Awang Raweng, 93, pahlawan yang dikenali sebagai Iban Trackers ketika ditemui selepas istiadat tersebut melahirkan rasa gembira menerima darjah kebesaran Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato,’ semalam.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Negeri Sarawak Leftenan Kolonel Dunging Serit yang mengulas lanjut berkata, beliau mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan Sarawak atas penganuger­ahan tersebut kepada Awang Raweng.

“Saya bagi pihak Dato Awang Raweng, mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan. Saya adalah Pengarah JHEV Negeri Sarawak yang bertanggun­gjawab terhadap kebajikan ‘Bujang Berani’ kita ini yang pernah menerima pingat George Cross daripada Ratu Elizebeth, England.

“Ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana perjuangan­nya telah diberi penghormat­an yang tertinggi,” ujarnya.

 ??  ?? TAHNIAH: Tun Taib menganuger­ahkan Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) kepada Juma’ani di sebuah hotel terkemuka di Sibu semalam. JASA DIKENANG: Fatimah mewakili Datuk Seri Alli Kawi menerima anugerah Datuk Amar Bintang Kenyalang daripada Tun Taib. SAMPAIKAN: Sharifah Mordiah dikurniaka­n Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS). PINGAT KEBESARAN: Tiong dikurniaka­n Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri.’ TERIMA KASIH: Dr Rahman mendahului senarai penerima Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK). DIIKTIRAF: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak kepada Awang Raweng.
TAHNIAH: Tun Taib menganuger­ahkan Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) kepada Juma’ani di sebuah hotel terkemuka di Sibu semalam. JASA DIKENANG: Fatimah mewakili Datuk Seri Alli Kawi menerima anugerah Datuk Amar Bintang Kenyalang daripada Tun Taib. SAMPAIKAN: Sharifah Mordiah dikurniaka­n Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS). PINGAT KEBESARAN: Tiong dikurniaka­n Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran ‘Dato Sri.’ TERIMA KASIH: Dr Rahman mendahului senarai penerima Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK). DIIKTIRAF: Tun Taib menganuger­ahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak kepada Awang Raweng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia