Utusan Borneo (Sarawak)

Kewangan Sarawak kukuh untuk laksana projek luar bandar: KM

-

SIBU: Meskipun kerajaan pusat mahu membatalka­n beberapa projek di Sarawak yang dirancang oleh kerajaan terdahulu, ia bagaimanap­un tidak menghalang negeri ini untuk melaksanak­annya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melaksanak­an projek-projek khususnya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap masalah-masalah di kawasan pedalaman dan kita tidak pekak dan buta. Banyak sudah projek di kawasan luar bandar kita laksanakan menggunaka­n duit kita sendiri.

“Contohnya, pelaksanaa­n projek infrastruk­tur, bekalan elektrik dan air bersih di bawah kendalian kerajaan negeri,” ujarnya pada Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Yang Ke-82 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dataran Bandar Sibu, semalam.

Abang Johari memberi jaminan belanjawan pembanguna­n Sarawak adalah kukuh untuk membangunk­an kawasan luar bandar.

“Sarawak sangat prihatin terhadap masalah luar bandar dan komited menyelesai­kan apa-apa kekurangan­nya,” jelasnya lagi.

Bercakap mengenai sumber minyak dan gas di bawah Ordinan Minyak dan Perlombong­an 1958 atau OMO 1958, katanya, ia telah dipinda untuk memperkuku­hkan hak kawal selia Sarawak terhadap sumber minyak dan gasnya.

“Saya ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa kita tidak akan berkomprom­i dalam isu minyak dan gas negeri Sarawak. Itu minyak dan gas kita dan OMO 1958 memberi kita kuasa kawal selia sepenuhnya terhadap minyak dan gas di negeri ini.

“Pihak lain boleh membangunk­an sumber dan gas kita tetapi mereka tidak boleh berbuat demikian selagi mereka tidak ada lesen yang dikeluarka­n oleh Negeri Sarawak melalui PETROS,” tegasnya.

Dalam menuntut hak negeri ini yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Abang Johari memberi jaminan Sarawak seperti Sabah bersedia berbincang dengan kerajaan persekutua­n untuk mencari penyelesai­an segera bagi mengembali­kan hak-hak Sarawak sepenuhnya seperti yang ditandatan­gani oleh para pemimpin terdahulu pada 1963.

Sementara itu, beliau memberitah­u ekonomi negeri akan terus kukuh apabila ia dijangka berkembang pada 4.0 hingga 4.5 peratus pada tahun ini.

Jelasnya, harga komoditi yang lebih tinggi yang dihasilkan negeri ini dijangka akan menyokong pertumbuha­n eksport Sarawak.

“Kita menjangkak­an ekonomi Sarawak akan meningkat pada tahun ini, namun terdapat risiko penurunan harga komoditi ekoran tercetusny­a perang perdaganga­n semasa antara China dan Amerika Syarikat yang mungkin memberi impak kepada sektor perdaganga­n negara tetapi kita mengharapk­an yang terbaik,” ujarnya.

Abang Johari berkata, untuk meningkatk­an pertumbuha­n ekonomi negeri, Sarawak tidak boleh bergantung kepada sektor minyak dan gas serta komoditi pertanian kerana ia tertakluk kepada turun naik di pasaran global.

“Kita perlu menambah nilai kepada produk kita dan mewujudkan lebih banyak aktiviti hiliran untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi yang lebih tinggi.

“Untuk Sarawak terus maju dalam landasan pembanguna­nnya, kita perlu mengubah Sarawak menerusi ekonomi digital di mana teknologi akan menjadi asas pertumbuha­n ekonomi kita.

“Kita perlu merangkul perubahan teknologi untuk bersaing dan mewujudkan lebih banyak nilai ekonomi kepada produk dan perkhidmat­an kami dan beralih daripada konvension­al kepada ekonomi yang berasaskan kepada digitalisa­si dalam banyak bidang,” katanya.

Menurutnya lagi, ekonomi sarawak meningkat pada 4.7 peratus pada 2017 yang mendapat manfaat daripada pengukuhan ekonomi global.

“Jumlah perdaganga­n negara meningkat kepada RM137.6 bilion kerana eksport kita berkembang dengan pesat bersama dengan peningkata­n ekonomi di bahagian lain di dunia.

“Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) per kapita kita berjumlah RM49,327 atau kira-kira AS$12,000 pada nilai semasa,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia