Utusan Borneo (Sarawak)

Ia wajar dipercepat­kan seperti saranan Ketua Menteri: Peter Minos

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Langkah Sarawak untuk memberi penekanan kepada pembanguna­n empat infrastruk­tur asas di negeri ini iaitu air, jalan, elektrik dan digital adalah tepat dan strategik.

Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan Dato Peter Minos berkata, pembanguna­n empat infrastruk­tur asas ini wajar dipercepat­kan seperti yang ditekankan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Limpahan air di Sarawak katanya, bukan sahaja untuk kegunaan domestik tetapi juga untuk penjanaan tenaga, pengangkut­an dan juga pelanconga­n.

Sama juga dengan elektrik, di mana ia amat penting untuk menggerakk­an industri kita selain penggunaan domestik.

“Masih ada rakyat luar bandar kita yang menagih bekalan elektrik dan mereka wajar untuk menikmati infrastruk­tur asas ini yang diperlukan dalam kehidupan harian mereka.

“Berkenaan dengan jalan, adalah jelas tanpa jalan semua pergerakan akan terbatas dan ia amat diperlukan oleh rakyat sama seperti rakyat memerlu- kan air dan elektrik,” katanya kepada Utusan Borneo.

Tambah Peter, infrastruk­tur jalan yang baik bukan sahaja diperlukan oleh rakyat tetapi juga kepada industri dan pertanian.

“Berkenaan dengan ekonomi digital, jika negara kecil seperti Estonia dan Switzerlan­d dengan sumber yang terhad dapat pergi jauh dengan memaksimum­kan teknologi digital, mengapa tidak kita?

“Kita tidak boleh mengelak daripada digital dan Internet dalam dunia moden masa kini jika kita benar-benar mahu membangun dengan maju.

“Digital adalah satu kemestian pada masa kini sama seperti kita amat memerlukan jaringan jalan raya yang baik,” ujarnya.

Sehubungan itu, Peter menyambut baik dan menyokong penuh usaha Ketua Menteri untuk memberi penekanan kepada pembanguna­n empat infrastruk­tur asas ini.

Pembanguna­n empat infrastruk­tur asas ini adalah penting untuk merangsang ekonomi Sarawak bagi mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia