Utusan Borneo (Sarawak)

Katarak perlu dicegah awal sebelum menjadi serius, kata Dr Teo

-

MIRI: Punca utama kebutaan di kalangan rakyat Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas ialah katarak, justeru ia perlu dicegah awal sebelum bertambah serius.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, Banci Mata Kebangsaan kedua negara pada 2014 menunjukka­n seramai 413,000 penduduk Malaysia yang berumur 50 tahun ke atas mengalami masalah penglihata­n.

“Daripada jumlah tersebut, 113,000 orang diklasifik­asi sebagai buta. Punca utama kebutaan didapati disebabkan katarak ( 58.6 peratus), diabetik retinopati (10.4 peratus) dan glaukoma (6.6 peratus).

“Daripada jumlah itu, 86.3 peratus daripada mereka boleh dielakkan dan dirawati. Manakala punca utama penglihata­n terhad disebabkan oleh katarak (68 peratus), rabun mata ( 14 peratus ) dan diabetik retinopati (6 peratus),” katanya berucap merasmikan Hari Penglihata­n Sedunia Peringkat Hospital Miri 2018 di Emart Riam semalam.

Dr Teo berkata, berikutan itu beberapa inisiatif pencegahan kebutaan katarak telah dan sedang giat dijalankan oleh pelbagai pihak khususnya Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Beliau menambah, satu daripadany­a ialah Program Klinik Katarak yang dilancarka­n secara berperingk­at di seluruh negara bagi menyediaka­n akses atau saluran rawatan dan memberi penjagaan mata terutama kepada penduduk kawasan pedalaman.

“Selain itu, program pencegahan kebutaan termasuk penyaringa­n diabetik retinopati menggunaka­n ‘non mydriatic’ kamera di poliklinik dan program ‘Amblyopia and Visual Impairment Screening’ (AVIS) yang dilancarka­n untuk mengenal pasti dan merawat kanak-kanak prasekolah yang mengalami masalah penglihata­n rabun,” jelasnya.

Mengenai program Hari Penglihata­n Sedunia Peringkat Hospital Miri, Dr Teo berkata, ia amat wajar untuk membolehka­n orang awam melakukan saringan mata secara percuma.

“Mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit kencing manis, mempunyai riwayat keluarga yang menghidap glaukoma, kanak- kanak yang kurang penglihata­n, warga tua harus mengambil peluang untuk melakukan pemeriksaa­n,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Jabatan Oftalmolog­i Hospital Miri yang memberikan pemeriksaa­n percuma kepada orang awam.

Sementara itu, sambutan kali ini dianjurkan bersama Jabatan Oftalmolog­i dan Unit Terapi Cara Kerja Hospital Miri, Persatuan Orang Buta Sarawak dan Kelab Lion Miri.

Hadir sama Pengerusi Lions Club Region 3 Kapitan Jee Kee Hiong, District Chairperso­n for Sight First merangkap Presiden Lion Club of Miri Host Willie Chuo Siong Seng, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Pakar Mata Oftalmolog­i Hospital Miri Dr Ng Wei Loon, Eksekutif Kanan Emart Riam Wilson Wong dan Pengerusi Penganjur Filzah Rahilah Hussain.

 ??  ?? RASMI: Dr Teo memotong tali belon sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Penglihata­n Sedunia Peringkat Hospital Miri 2018 di Emart Riam semalam.
RASMI: Dr Teo memotong tali belon sebagai simbolik perasmian sambutan Hari Penglihata­n Sedunia Peringkat Hospital Miri 2018 di Emart Riam semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Hamid (duduk dua kanan) merakam kenagan bersama barisan konsultan selepas menandatan­gani MoA bagi projek Bangunan Arkib Negeri kelmarin.
UNTUK ALBUM: Hamid (duduk dua kanan) merakam kenagan bersama barisan konsultan selepas menandatan­gani MoA bagi projek Bangunan Arkib Negeri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia