Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka Negeri dan konsultan meterai MoA bagi projek Bangunan Arkib Negeri

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak dan Konsultan Bangunan Arkib Negeri menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi projek Bangunan Arkib Negeri.

Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo dalam ucapannya menghargai kepercayaa­n dan sumbangan kerajaan negeri terutama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang meluluskan projek itu.

Pada masa sama, beliau turut menzahirka­n ucapan tahniah kepada semua konsultan yang terpilih yang terdiri daripada PU Architects Sdn Bhd (konsultan utama), LT Juruukur Bahan Sdn Bhd, Perunding CH Engineerin­g Sdn Bhd, Geomatics Survey Consultant­s dan PCS Konsultant Sdn Bhd.

Beliau juga menekankan agar projek ini kelak mestilah tidak kurang hebatnya dengan projek pembinaan bangunan Pustaka Negeri Sarawak yang sedia ada.

Majlis menandatan­gani MoA itu berlangsun­g di Bilik Seminar, Pustaka Negeri Sarawak kelmarin.

Selain itu, Hamid juga menekankan agar semua konsultan yang dipilih menitik berat aspek perancanga­n dan pelaksanaa­n untuk projek ini.

“Pembinaan bangunan arkib adalah penting bagi usaha memelihara bahan arkib, rekod kerajaan Sarawak tetapi juga sejarah Sarawak,” te- gasnya.

Malah, beliau juga menyaranka­n agar konsultan yang dipertangg­ungjawabka­n memandang serius dalam pemilihan kontraktor dan staf untuk projek pembinaan ini kelak kerana beliau mengharapk­an yang terbaik daripada semua yang terlibat.

“Projek ini kelak diharap akan dapat menghasilk­an bangunan yang bukan sahaja dapat memberi inspirasi kepada orang ramai, tetapi juga berkualiti,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia