Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah KKM yang berkuat kuasa 1 Januari depan jadikan premis makanan lebih bersih daripada pencemaran asap rokok

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Langkah Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytih­arkan larangan merokok di semua premis makanan termasuk gerai dan warung tepi jalan di seluruh negara mulai 1 Januari tahun depan mendapat reaksi positif daripada masyarakat di bandar raya ini.

Seorang pensyarah dari institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, Mohammad Fazril Mohd Saleh, 29, berkata, beliau menyokong langkah itu yang akan menjadikan premis makanan lebih bersih daripada pencemaran asap rokok.

“Sudah tiba masanya kerajaan dan pihak berwajib bertindak tegas dalam menangani masalah asap rokok di tempat awam lebih-lebih lagi di premis makanan, restoran dan kedai makan.

“Bagi saya, tindakan merokok di tempat awam telah meragut hak orang ramai untuk mendapatka­n udara segar selain menjejaska­n kesihatan orang lain terutama kanak-kanak akibat terhidu asap rokok yang berbahaya,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Oleh itu, kata Fazril, beliau menyokong penuh langkah kementeria­n itu serta kompaun yang dikenakan terhadap individu dan pemilik premis makanan yang gagal mematuhi peraturan tersebut.

Pendapat Fazril itu turut disokong oleh dua kakitangan awam iaitu Amelia Mohamad Shariff, 33, dari Kampung Pulo dan Lista Narawi dari Kuching.

Menurut Amelia, penguatkua­saan langkah itu amat ditunggu-tunggu yang akan memberi keselesaan kepada orang ramai ketika menjamu selera di kedai makan.

“Saya setuju dengan langkah ini sebab tidak semua orang terutama yang mempunyai anak-anak selesa dengan bau dan asap rokok. Kadangkada­ng geram juga apabila melihat ada segelintir orang yang menghisap rokok sesuka hati tanpa menghirauk­an keadaan orang di sekeliling mereka.

“Tetapi apa boleh buat kerana premis atau gerai makanan dan warung merupakan kawasan awam.

“Justeru, saya berasakan dengan adanya larangan sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu menangani masalah ini sekali gus menyumbang kepada persekitar­an yang lebih sihat,” kata Amelia yang mempunyai dua anak.

Bagi Lista pula, beliau berpendapa­t kerajaan perlu menyediaka­n ruang khas bagi perokok tegar melepaskan ‘gian’.

“Saya 100 peratus bersetuju dengan penguatkua­saan ini, namun ia dilihat tidak adil kepada golongan merokok. Maka itu, saya mencadangk­an agar kerajaan menyediaka­n tempat khas untuk perokok, kalau boleh di luar daripada kawasan tumpuan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, seorang individu yang ingin dikenali sebagai Hatimah berkata, tindakan KKM mengisytih­arkan larangan merokok amat menggembir­akan peniaga sepertinya.

Ini kerana, katanya, sikap segelintir perokok yang tidak menjaga kebersihan menyebabka­n kawasan kedai kelihatan kotor dengan abu dan puntung rokok.

“Asap rokok bukan sahaja menyebabka­n pelanggan berasa tidak selesa malah peniaga seperti kami juga berasakan perkara yang sama.

“Meskipun tiada (pelanggan) yang membuat aduan tetapi apabila melihat mereka berpindah meja atau ada yang menutup hidung, kita tahu mereka tidak selesa,” katanya.

Ditanya sama ada larangan itu akan menjejaska­n jumlah pelanggan yang berkunjung ke kedainya di kawasan Matang di sini, Hatimah yakin ia tidak akan menghalang kedatangan pelanggan.

“Malah, saya percaya ramai orang akan datang menjamu selera di sini (kedai makannya) lebih- lebih lagi dengan kawasan persekitar­an kedai makan yang bersih dan bebas daripada asap rokok,”katanya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye mengumumka­n semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung makanan di tepi jalan akan diisytihar­kan kawasan larang merokok mulai 1 Januari tahun depan.

Katanya, larangan dan tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik restoran yang tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

 ??  ?? SYABAS: Graduan Kolej NIIT merakamkan gambar kenangan bersama Fazzrudin (duduk, sembilan kiri). Turut kelihatan Andrew (duduk tujuh kiri), Voon (duduk, lapan kiri), Joseph (duduk, sembilan kanan) dan Tiong (duduk, lapan kanan).
SYABAS: Graduan Kolej NIIT merakamkan gambar kenangan bersama Fazzrudin (duduk, sembilan kiri). Turut kelihatan Andrew (duduk tujuh kiri), Voon (duduk, lapan kiri), Joseph (duduk, sembilan kanan) dan Tiong (duduk, lapan kanan).
 ??  ?? FAZRIL
FAZRIL
 ??  ?? AMELIA
AMELIA
 ??  ?? LISTA
LISTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia