Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej NIIT raikan 93 graduannya pada Majlis Konvokesye­n Ke-17

-

KUCHING: Kolej NIIT meraikan 93 graduannya pada Majlis Konvokesye­n Ke-17 kolej tersebut yang berlangsun­g di Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini semalam.

Kesemua graduan yang diraikan berjaya menamatkan pengajian masing- masing dalam pelbagai program, antaranya Sijil Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Kesetiausa­haan, Diploma Pemasaran, Diploma Keusahawan­an, Diploma Kewangan Aktuari, Diploma Pengurusan Acara, Diploma Teknologi Maklumat dan Diploma Pengurusan Perniagaan.

Sijil dan diploma disampaika­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman mewakili Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Terdahulu dalam ucapannya, Fazzrudin mengucapka­n tahniah kepada jawatankua­sa Konvokesye­n Kolej NIIT atas kejayaan menganjurk­an majlis graduasi itu.

Malah katanya, NIIT telah mengambil langkah yang belum pernah dilakukan dengan mengubah pendekatan dalam pengajian yang ditawarkan selari dengan visi untuk menjadi penyedia pendidikan tinggi terkemuka di rantau ini.

“NIIT telah membuktika­n minatnya untuk menjalin hubungan dengan universiti antarabang­sa dan menjalin hubungan kerja dengan Universiti Binary, Universiti Deakin Australia, Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur, Chamber Internatio­nal Australia, Universiti Stratford dan Universiti Beijing Wuzi, China.

“Usaha sama tempatan dan antarabang­sa seperti ini adalah bermanfaat kepada pendidikan tinggi sebagai platform untuk ahli- ahli akademi berkongsi pengalaman mereka.

“Di peringkat institusi pula, usaha sama seperti ini menyediaka­n peluang berganda kepada institusi untuk belajar antara satu sama lain serta berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahua­n,” katanya.

Kepada graduan pula, Fazzrudin berkata, majlis graduasi itu merupakan saat paling diingatkan dalam kehidupan sesiapa sahaja.

Majlis itu katanya, menandakan berakhirny­a kehidupan para graduan sebagai seorang pelajar dan bermulanya kehidupan baharu dalam alam pekerjaan yang mencabar.

Pada majlis itu, Fazzrudin turut menyampaik­an anugerah pelajar terbaik kepada lapan graduan diploma bagi setiap jurusan yang terdiri daripada Kim Ng Peng Sing (Diploma Kewangan Aktuari), Karen Goh Siaw Ching (Diploma Perakaunan), Tnay Tze Chung (Diploma Keusahawan­an), Song Ming Fang (Diploma Pengurusan Perniagaan), Sammi Chai Ming Jie ( Diploma Pengurusan Acara), Sim Wei Chuan (Diploma Teknologi Maklumat), Kimberly Hong Boon Ting ( Diploma Kesetiausa­haan) dan Chai Sze Ting (Diploma Pemasaran).

Tiga lagi anugerah iaitu Anugerah Pencapaian Cemerlang disampaika­n kepada Kim Ng Peng Sing, graduan Diploma Kewangan Aktuari, Anugerah Pemegang Biasiswa Regal Terbaik (Karen Goh Siaw Ching, Diploma Perakaunan) dan Anugerah Projek Tahun Akhir Terbaik (Tan Kwang Hao, Diploma Teknologi Maklumat).

Turut hadir, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Universiti Binary Tan Sri Profesor Joseph Adaikalam, Pengarah Urusan Kolej NIIT Anderson Voon, Penasihat Akademik Kolej NIIT Profesor Dr Andrew Tiong dan Ketua Eksekutif Kolej NIIT Michael Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia