Utusan Borneo (Sarawak)

Violet luang masa hadiri program CSR Pewaris Muda di Pasar Sungai Apong

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong meluangkan masa menghadiri program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Pewaris Muda Negara 2018 di Pasar Sungai Apong, semalam.

Program yang melibatkan penyertaan 40 peserta dari kalangan siswa dan siswi Politeknik Matang dan Kolej Kesihatan Awam Kota Sentosa itu merupakan program tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku-Kebersihan Tanggungja­wab Bersama,’ aktiviti CSR Pewaris Muda ini melibatkan gotong-royong membersihk­an kawasan di sekitar Taman Mini dan Pasar Sungai Apong.

Violet yang turut menyertai gotong-royong itu berkata, ia merupakan pendedahan yang baik untuk para siswa siswi tentang pentingnya kerjasama di samping mengeratka­n silaturahi­m tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

Menurutnya, memastikan kebersihan kawasan persekitar­an adalah amat penting dan merupakan tanggungja­wab setiap individu.

Sejurus selepas gotongroyo­ng, Violet mengambil kesempatan beramah mesra dengan komuniti setempat sambil mengedarka­n risalah kempen kesihatan terkini tentang pencegahan rabies dan denggi.

Melalui program CSR ini, setiap peserta mengaplika­sikan pengetahua­n, kemahiran dan nilai murni yang dipelajari ketika sesi program.

Ia juga dapat memupuk kesedaran untuk menjadi anggota masyarakat yang memiliki semangat sayangkan negara, bertanggun­gjawab dan prihatin menjaga kebersihan tempat awam sekali gus membina martabat diri yang positif.

Acara kemuncak Program Pewaris Muda Negara 2018 akan diadakan pada hari ini dengan persembaha­n digital para peserta di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat Jabatan Penerangan Negeri Sarawak merangkap Naib Pengerusi program Ajes Tuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia