Utusan Borneo (Sarawak)

Makmal JPVS di Kota Samarahan kini dapat lakukan ujian FAT: Dr Adrian

-

SIBU: Sarawak kini dapat melakukan ujian mengesan virus rabies sekali gus membolehka­n keputusan diperolehi dengan lebih cepat.

P e n g a r a h J a b a t a n Perkhidmat­an Veterinar Sarawak ( JPVS) Dr Adrian Susin Ambud berkata, makmal jabatan di Kota Samarahan telah dilengkapi dengan peralatan bagi tujuan tersebut.

“Kita telah mendapatka­n mesin yang akan digunakan untuk ujian Fluorescen­t Antibody Test ( FAT) bagi mengesan virus rabies, selain sumber tenaga manusia.

“Kita telah mula menjalanka­n ujian FAT ini. Keputusan daripada sampel yang diuji juga boleh diperolehi dengan pantas berbanding sebelum ini yang terpaksa dihantar ke Institut Penye- lidikan Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak.

“Namun sampel ini masih perlu dihantar ke VRI di Ipoh Perak,” ujarnya.

Dr Adrian memberitah­u, sejumlah 88,004 haiwan termasuk anjing, kucing dan sebagainya telah diberikan vaksin rabies di Sarawak setakat ini.

Beliau juga menasihati pemilik haiwan peliharaan terutama anjing agar mendapatka­n suntikan vaksin antirabies.

“Juga pastikan haiwan peliharaan ini tidak bebas berkeliara­n bagi menjaga keselamata­n haiwan ini dan juga keluarga anda,” jelasnya.

Pemilik haiwan peliharaan juga dinasihati menghubung­i talian 06-2051111 sekiranya anjing mereka menunjukka­n tanda- tanda jangkitan rabies.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Chong (tengah) menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Sarawak di Kuching kelmarin bagi mengumpul dana parti. Turut kelihatan Violet, Wong, Ng dan Shu Qi.
UNTUK ALBUM: Chong (tengah) menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Sarawak di Kuching kelmarin bagi mengumpul dana parti. Turut kelihatan Violet, Wong, Ng dan Shu Qi.
 ??  ?? UJIAN FAT: Gambar fail menunjukan ujian FAT dilakukan di makmal Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak di Kota Samarahan.
UJIAN FAT: Gambar fail menunjukan ujian FAT dilakukan di makmal Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak di Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia