Utusan Borneo (Sarawak)

Kraf tangan berasaskan manik mampu menjana pendapatan

-

SRI AMAN: Kraf tangan berasaskan manik mampu menjana pendapatan dan meningkatk­an ekonomi pengusahan­ya.

Wakil Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Paul Kawin Pipo berkata, permintaan terhadap kraf tangan berasaskan manik amat tinggi khususnya di kalangan masyarakat tempatan di sini.

“Kita sering melihat pada majlis-majlis rasmi kerajaan dan sebagainya, kebanyakan cenderamat­a yang dikalungka­n kepada hadirin khasnya perasmi majlis adalah kraf tangan berasaskan manik.

“Ini menunjukka­n bahawa permintaan terhadap produk tersebut sentiasa ada, malah menjadi pilihan masyarakat kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Kursus Keusahawan­an Belia Pembuatan Manik anjuran Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman di sini, pagi semalam.

Kursus itu disertai 30 wanita terdiri daripada pengusaha kraf tangan di sini.

Objektif utama kursus ialah membentuk, melatih dan meningkatk­an minat golongan belia terhadap kraf tangan berasaskan manik.

Hadir sama Pegawai Pen- guasa Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman Sain Kerani dan Pegawai Penguasa Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Betong Awang Mazelan Awang Majid.

Kursus dikendalik­an sepenuhnya oleh pengusaha kraf tangan manik di Sri Aman Priscilla Chendai.

 ??  ?? SELESAI: Paul (duduk, tengah), Sain (duduk, dua kiri), Awang (duduk, kanan), Priscilla (dua kanan) serta yang lain bergambar kenangan bersama para peserta kursus.
SELESAI: Paul (duduk, tengah), Sain (duduk, dua kiri), Awang (duduk, kanan), Priscilla (dua kanan) serta yang lain bergambar kenangan bersama para peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia