Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 400 bungkus bubur asyura diagih pada program di SK Tatau

-

TATAU: Lebih 400 bungkus bubur asyura diagihkan kepada kakitangan, ibu bapa dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau, beberapa sekolah lain serta kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Tatau, Ibu Pejabat Polis Daerah Tatau dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tatau kelmarin.

Pengagihan bubur asyura itu sempena Hari Asyura 10 Muharam serta penubuhan Jawatankua­sa Kebajikan Kakitangan dan Ibu bapa Islam (JKKIBI) SK Tatau pada 1 Oktober lepas dan Program Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) SK Tatau.

Program memasak bubur asyura di Surau SK Tatau itu merupakan anjuran kakitangan dan ibu bapa SK Tatau serta dirasmikan oleh Imam Masjid Daerah Tatau Haris Sisik.

Guru Besar SK Tatau Janudin Ab Rahman berkata, program tersebut dianjurkan buat kali pertama di sekolah berkenaan dan semua bahan untuk memasak bubur disumbangk­an oleh ibu bapa murid beragama Islam di SK Tatau.

Beliau berterima kasih kepada ibu bapa yang menderma dan semua pihak yang membantu, justeru pihaknya akan mengadakan lebih banyak aktiviti pada masa hadapan bukan sahaja berkaitan Islam tetapi juga bukan Islam.

“Aktiviti ini yang dijadikan program RIMUP SK Tatau turut disertai murid-murid dan guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua Tatau dan SK Kelawit bagi memupuk perpaduan,” katanya.

Menurutnya, SK Tatau, SK Bagiau dan SK Kuala Tatau antara tiga sekolah di daerah Tatau dipilih untuk program perintis perpaduan.

Hadir sama Pengerusi JKKIBI SK Tatau Huzaini Amir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Tatau Salmah Mut, Guru Besar SK Kelawit Sahari Mashli, Guru Besar SJKC Chung Hua Tatau Lai Mee Kiong, Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Helena Yahya, guru-guru dan ketua-ketua masyarakat.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, kemeriahan regata atau sukan air bukan sahaja dirasai penggemarn­ya, tetapi turut menimbulka­n minat dalam kalangan pelumba baharu.

“Saya percaya penganjura­n sukan air bukan hanya menghidupk­an suasana tebingan Sibuti tetapi paling penting melahirkan ramai bakat baharu serta jaguh tempatan,” ujarnya ketika majlis pelepasan perlumbaan bot enjin pam sempena Sukan Air Ranchah-Ranchah Bekenu, semalam.

Pertanding­an itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Ranchah-Ranchah dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR) Parlimen Sibuti dan PKWR ADUN Bekenu.

Lukanisman berkata, Sungai Sibuti yang dahulunya suram tanpa sebarang aktiviti air kini berubah dengan deruman enjin bot pam.

“Sesungguhn­ya kita amat menggalakk­an penganjura­n sukan air kerana ia bukan hanya tempat penggemar bot enjin pam berlumba, malah pada masa sama menjana ekonomi peniaga,” ujarnya.

Selain itu katanya, Regata Subis atau Regata Sibuti juga diadakan di sungai berkenaan dan menghidupk­an suasana hujung minggu pekan Bekenu.

Ia pertama kali diadakan pada 11 Julai 1959 di Tebingan Sibuti dan kembali diadakan pada 1988. Kali terakhir ia diadakan pada 2013 di Sungai Sepupok, Niah.

Objektif perlumbaan ialah memupuk semangat solidariti dan toleransi antara kaum, selain mempromosi dan mengekalka­n semangat tradisi sukan air seperti regata dan lumba perahu dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, membantu mengembang­kan potensi sektor pelanconga­n dan ekonomi di daerah Subis sekali gus meningkatk­an taraf sosioekono­mi masyarakat tempatan.

 ??  ?? MULA: Wan Juliana (kiri) melepaskan peserta larian amal yang disertai Rosli (depan), guru-guru lain, ibu bapa dan para pelajar.
MULA: Wan Juliana (kiri) melepaskan peserta larian amal yang disertai Rosli (depan), guru-guru lain, ibu bapa dan para pelajar.
 ??  ?? TAHNIAH: Lukanisman (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang sambil disaksikan tetamu lain sempena Sukan Air Ranchah-Ranchah Bekenu semalam.
TAHNIAH: Lukanisman (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang sambil disaksikan tetamu lain sempena Sukan Air Ranchah-Ranchah Bekenu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia